Sunday 29 July 2007

Gang Cendawan " Samsung "


Hampir terlupa nak beritahu peminat-peminat dalam industri cendawan, sebenarnya saya Isamuddin, Yazid, KG GO dan LF Goh adalah bekas pekerja di kilang Samsung , Senawang, N.S , jika hendak sembang-sembang tentang pengalaman kerja kami ketika di Samsung, panjang ceritanya, mungkin 2 hari 1 malam pun tak habis-habis, memang kami pernah berkhidmat di Samsung melebihi 10 tahun, jawatan yang kami pegang pun kesemuanya tergolong dalam kategori " managerial level ", walaubagaipun , kami langsung tak menyesal selepas pengambilan VSS dari Samsung dan menceburi dalam bidang pertanian moden seperti cendawan ini, dengan usaha gigih kami, kami percaya bahawa pulangan kami akan berganda-ganda berbading dengan apa yang kami memperolehi dari Samsung, sekurang-kurangnya " Stress " yang menyebabkan darah tinggi itu tidak wujud lagi.
Kami sungguh gembira apabila rakan sekerja dulu kami dari Samsung sanggup meluangkan masa mereka mengunjungi tapak penanaman cendawan kami semalam, mereka adalah Abang Zaiful , Nadzri dan Haime dari Utulity Division, tak lupa nak mengucapkan tahniah kepada Abang Haime yang baru naik pangkat sebagai utility manager di Samsung, daripada perbualan kami, kami dapati ramai orang berminat dalam penanaman cendawan, secara tak langsung, dalam otak saya terus terkeluar idea ingin nak menubuhkan gang " cendawan Samsung ", ha...ha.
Sebenarnya, kami menggalakkan mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri, terutamanya mereka yang sudah menerima " VSxxxxx " atau sudah bersara, bolehlah cuba dalam bidang cendawan ini, ia memang cepat berhasil kalau berbanding dengan sektor penanaman yang lain, dan ini juga sejajar dengan galakan kerajaan, iaitu " Pertanian adalah Satu Perniagaan".

Wednesday 25 July 2007

Barangan / Material Penanaman Cendawan

Top , Neck dan Seal Cap, harganya satu set 18 sen sahaja.
Material yang tidak dapat dikecualikan dalam penanaman cendawan


Sponge , harganya RM4.50 sekilo, satu guni baru ada ~ 3.0 Kg


Benih , sebungkus RM3.00 , boleh menyuntik sebanyak 50 ~60 bungkah,

bergantung kepada skill masing-masing.


Polybeg , harganya antara RM7.50 ~ RM8.00 sekilo.


Hydrometer , harganya RM105.00 , boleh digantung dalam bangsal

cendawan untuk pengawasan kadar kelembapan dan suhu bilik. Dua

faktor ini amat penting dalam tumbesaran cendawan.
RASE adalah pembekal kepada material dan barangan tersebut, dan kami sanggup menerima

order anda dengan syarat memberi kami lead time seminggu jika kuantiti tempahan banyak.

Jika Yield 98%.... Banyaknya Hasil Cendawan

Gambar di atas menunjukkan cendawan yang akan dipetik pada sesi petang, Ia merupakan petikan kali kedua bagi kami selepas mengusahakan reban baru pada pertengahan bulan May'07.



Sebanyak 1080 pcs bungkah cendawan boleh disusun dalam rak sebegini, katakan setiap bungkah boleh menghasilkan purata 70 gm cendawan, maka hasil petikan kali ini boleh mencapai 74 Kg dengan kadar yield 98%. Katakan harga sekilo cendawan adalah RM7.00 , jadi hasil jualan adalah RM518.00 , sekiranya satu bungkah minimum boleh dituai 6 kali, maka jumlah keseluruhan hasil adalah RM518.00 X 6 = RM3108.00. Sekiranya 1080 pcs bungkah tersebut dibeli dengan harga RM1.20 / bungkah dari ladang, kosnya ialah RM1296.00 , setelah menolak kos bungkah , masih boleh memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM1812.00. Oleh itu, kami mencadangkan kepada pengusaha baru atau kecil boleh mengikut cara ini supaya menjimatkan masa dan menyenangkan kerja dalam proces penanaman cendawan, biasanya 3 kali petikan sudah boleh balik modal pembelian bungkah cendawan. Setakat ini , kami mempunyai 78 rak sebegini yang sudah dipenuhi bungkah cendawan, kami sudi menawarkan bungkah cendawan kami kepada pengusaha yang berminat, sila hubungi kami pada bila-bila masa. En Isamuddin : 014-2623187. , En Yazid : 019-6846371, Kualiti bungkah kami adalah terjamin.


Abang Isamuddin dengan Saberi sedang menggunting akar cendawan yang baru dipetik pagi tadi.

Monday 23 July 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Dengkil

Pada 21/7/07 , kami berjaya menghantar bungkah cendawan sebanyak 1000 pcs kepada En. Ismail di Dengkil, trip ini diketuai oleh En Isamuddin sendiri, beliau memberitahu rakan RASE bahawa En Ismail adalah seorang usahawan dalam bidangan permakanan yang amat berjaya dan sentiasa mencari peluang biz. yang berpotensi, salah satunya ialah cendawan.

Photo dari kiri ialah Saberi , Sam ( pekerja dari RASE ), driver lori En Morgan , dan En. Ismail.
Seperti biasa, pekerja kami turut membantu unload-kan bungkah dari lori dan menolong penyusunan bungkah ke atas rak-rak yang sedia ada.

Rumah bangsal En Ismail adalah di sebelah rumah kediamannya, dinding bangsal dilapik dengan jaring nyamuk berwarna hijau dahulu dan digantung dengan jari hitam ~ 50%, dalaman bangsal nampaknya agak terang. Pandangan kami ialah sebaik-baiknya dinding dilapik dengan jaring hitam 90% untuk mengurangkan pancaran terus matahari, dengan cara ini, ia mungkin boleh memperbaiki kawalan bilik suhu dan humidity dalam rumah bangsal.

Bumbung bangsal beratapkan ardec boleh memberi impak kepada suhu bilik dan humidity dalam bangsal, untuk mengurangkan bahang panas ardec, cadangan kami ialah :-
1.) Letakkan kertas kotak sebagai ceiling tambahan di bawah atap ardec sepertimana yang
dilakukan oleh En. Azmi ( AMPANG )
2.) Gantungkan guni-guni yang boleh dibasahkan di dinding-dinding, tetapi perlu memastikan
pengaliran udara tidak terjejas.

Susunan rak dan para En Ismail memang bagus, tegap dan kemas.
Secara keseluruhannya, pengawalan dan set-up bangsal cendawan oleh EnIsmail amat bersistematik dan amalan baik beliau dalam menjaga kebersihan perlu kita mempelajari, iaitu beliau tidak membenarkan sesiapapun memakai kasut dalam bangsalnya. Akhir katanya, dengan semangat dan keikhlasan beliau, semoga En Ismail berjaya dalam industri cendawan ini, Syabas !



Chini Agro Benchmark ke RASE Mushroom

Satu lawatan benchmarking dari pengusaha cendawan di Chini Pahang, iaitu En Ramlan bersama ahli keluarganya telah dibuat pada minggu lepas , lawatan beliau amat bermakna bagi kami kerana sama-sama kami dapat berkongsi pengalaman dan idea dalam menjalankan industri cendawan yang kian mencabar.

Orang rumah En Ramlan pun sangat berminat dalam bidang cendawan dan merupakan penggerak enjin kepada En Ramlan.

Senyuman yang ceria , tanda-tanda hubungan baik antara CHINI AGROTECH dengan RANTAU AGROTECH .


En Yusof, salah seorang pengusaha cendawan yang berpengalaman dan hebat di Rembau, beliau merupakan " Ci Fu " kepada En. Ramlan.

Tak Sabar betul Cendawan INI !!??



Cendawan ini memang nakal dan aktif !! nampak tak , maisilium baru satu suku penuh dalam polybeg , tetapi cendawan ini sudah tak sabar nak " dilahirkan " ..... adakah ini berkait dengan Rahsia 30 Hari ?????

Hasil Cendawan Tengah Banyak !!





Kini adalah musim petikan cendawan bagi kami selepas 2 bulan menyiapkan 2 bangsal tambahan kami, Hasil pungutan cendawan boleh mencapai > 100 kg sehari, biasanya kami pack dalam bentuk 2.0 kg satu plastik beg dan dijual kepada pemborong berdekatan, malah packing dalam bentuk 200 gm sebungkus biasanya diedar oleh distributor kami seperti En Along, jangan memandang rendah keupayaan Along, dengan bantuan orang rumahnya, beliau mampu memhabiskan 100 pack dalam masa 2 jam , hebat betul !! , bagi kami , distributor seperti Along memang dialu-alukan menjadi team member kami. ( pengiklanan kerja sambilan : Distributor Wanted )

Friday 13 July 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Pasir Panjang





Pada 13/7/07 , Kami berpeluang menghantar bungkah cendawan kami sebanyak 1800 pcs kepada En Hisham yang bertapak di Pasir Panjang, N.S. Sekali lagi kami dapat melihat bangsal cendawan pengusaha kecil-kecilan seperti En Hisham. Rupabentuk luar bangsal cendawan beliau agak standard, malah para-para/rak cendawannya dibuat daripada kayu-kayu hutan, tetapi masih O.K lah , dengan idea ini beliau dapat menjimatkan kos pembinaan rumah cendawan.

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Ampang





Pada 12/7/07, kami berjaya menghantarkan 3000 bungkah cendawan ke Ampang , dan pelanggan kami ialah En Azmi , kami berpeluang melihat bangsal cendawan yang dibinakan oleh En Azmi yang bertapak di lereng bukit, suasana dalam bangsal memang selesa dan bersesuaian untuk menanaman cendawan walaupun dindingnya disalut dengan papan.

Cendawan Terbesar Di Dunia


Satu cendawan putih berukuran 70 cm seberat 20 Kg telah dijumpa dalam satu ladang kopi berdekatan Daerah Chiapas , Mexico. Cendawan tersebut telah pun di hantar ke institut pengajian untuk tujuan pengajaran.

Thursday 5 July 2007

Giant Size !! Cendawan Tiram Kelabu Kami





Kami amat berbangga untuk mengkongsi pengalaman satu cendawan tiram kelabu yang betul-betul " Giant Size " di ladang kami , ukuran diameter kelopaknya adalah 6 inci dengan beratnya mencapai 100 gm sekuntum, keadaan cendawan ini masih muda dan segar lagi semasa dipetik pada awal pagi hari ini.
Jangan terkejut apabila lihat cendawan sebesar ini, nampak tak ia lebih besar daripada tapak tangan seorang lelaki dewasa !!
Disebabkan " special " nya cendawan ini , ia turut menarik minat seorang penduduk kampung yang berdekatan di sini menawarkan harga RM 10.00 untuk membelinya, malahnya,
kami menolak permintaan beliau kerana kami sendiri ingin mencuba rasa cendawan " Giant " ini, antara cadangan hidangan kami adalah goreng kentucky , masak udang , steam dengan ayam , goreng dengan cili api ...... banyak lagi idea..... apakah idea kamu ??
Saya lebih suka panggilnya " Giant size " , ada member-member panggilnya " King Size " , " XXXL size , "Gergasi size " , " Raksana size " ,...... kesemua ini tak penting, yang pentingnya ialah ia tetap cendawan tiram kelabu yang berkhasiat dan sedap dimakan.

Sunday 1 July 2007

Rahsia 30 Hari Sahaja !!??




Kami sentiasa berusaha dalam kajian penanaman cendawan, dan salah satunya ialah bagaimana nak mempercepatkan penghasilan cendawan dalam masa yang tersingkat. Baru-baru ini kami telah menemui satu ramuan bancuhan istimewa dengan medium-medium yang tersendiri , dan hasilnya , bungkah cendawan boleh dibersihkan dalam masa 30 hari , kemudian petikan pertama pada hari ke-37 , prosesnya menjimatkan masa lebih-kurang sebulan , percayakah anda ???? ini adalah rahsia kami.

Sila lihat hasil pungutan kami , cendawan nampaknya lebih tebal dan segar ..... taste bagus sekali.

Cendawan Tiram Putih Kami

Gambar-gambar pertumbuhan cendawan tiram putih kami :-





Delivery Bungkah Cendawan Ke Gemas.







Pada 28/6/07 , dengan bantuan dari Jabatan Pertanian Seremban, kami berjaya menghantarkan bungkah cendawan sebanyak 3560 pcs kepada En Mazin di Batu Rokang , Gemas. ( bungkah cendawan disusun dalam bakul besi dan dimuat di atas lori ).

Feedback daripada En Mazin, beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami kerana sudi membekalkan 4 orang pekerja secara percuma dari pihak kami untuk menyusun bungkah-2 cendawan ke atas rak-rak yang beliau sediakan, disamping itu penghantaran adalah tepat pada masa tanpa sebarang kelewatan, yang penting adalah harga yang berpatutan, iaitu RM 1.00 / bungkah dengan kualiti yang terjamin.
Bangsal cendawan En Mazin sungguh standard, semoga beliau dapat menjayakan projek ini atas bantuan daripada kami.