Wednesday 15 August 2007

Sehari Bersama Cendawan



Tuesday, August 14, 2007

SEHARI BERSAMA CENDAWAN.... anjuran bersama NZR nilai dan RASE


Pengenalan Lawatan sambil belajar sehari ni dianjurkan khusus untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari teknik menghasilkan Cendawan Tiram Kelabu secara kecilan ataupun komersil.

Peserta akan diberi taklimat secara teori & praktikal serta tips-tips penting di tapak ladang yang sedang diusahakan.

Peserta juga akan dibekalkan kit permulaan untuk mencuba sendiri di rumah, nota dan vcd untuk rujukan di kemudian hari.

Tarikh : September 2007 (Tarikh akan ditentukan kemudian.)

Tempat : Negeri Sembilan.

Bayaran : RM 150.00 sahaja.

Penyertaan hanya terhad 20 orang sahaja untuk satu lawatan.Tawaran Terhad kepada penyertaan yang didaftar dahulu.
Sila SMS : 016 - 2367 888 atau menghubungi MZRnilai dengan segera.

*Penyertaan adalah TERHAD !!

Tuesday 7 August 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Chini, Pahang.

Pada 4hb August' 2007, satu lagi trip penghantaran bungkah cendawan kami berjaya dijalankan, seperti biasa, trip ini diketuai oleh Abang Isamuddin dengan bantuan dari pekerja kami Adik Sam dan driver lori Abang Morgan. Kali ini, destinasi kami adalah ke Chini, Pahang; iaitu tempat projek penanaman cendawan oleh customer kami En Ramlan dan ayahnya, walaupun kami mengambil masa 3.5 jam baru tiba di destinasi tersebut, tetapi, dengan adanya semangat dan minat dalam bidang ini, sedikit pun tak rasa letih, malah ia merupakan satu peluang untuk kami saling belajar bersama dengan pengusaha yang lain.


Daripada tinjauan kami, En Ramlan mempunyai idea yang banyak semasa set-up projek beliau, contohnya seperti mengalaskan tiang-tiang para cendawan dengan menggunakan simen supaya tahan lama dan mencegah serangan anai-anai kerana lantai dalam bangsal cendawan tidak 100% simen.
Selain daripada itu, di bawah bumbung dalam bangsal cendawan pun sudah dipasang plate papan untuk mengelakkan suhu bilik yang panas dan bahang, satu tindakan yang bijak !
En Ramlan dan ayahnya sungguh innovative kerana menggunakan batang buluh sebagai bahan pengganti kayu 1"2" dalam pembinaan para-para bungkah cendawan, secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos pembinaan bangsal cendawan.

Secara keseluruhan, bangsal cendawan En Ramlan agak bagus, dan boleh berkapasiti lebih kurang 10 ribu bungkah cendawan, anggaran boleh mengeluarkan hasil 20 ~ 40 Kg sehari, dengan pasaran yang begitu baik sekali, dimana harga jualan boleh mencapai RM10.00 dijual secara tanpa buangkan akar-akar cendawan, saya rasa masa depan dan pulangan beliau nanti akan berbaloi dengan apa yang beliau lakukan sekarang, cuma satu komen dari kami ialah dalam bangsal itu terang sikit , mungkin boleh improve dengan menggunakan netting 90%.
Syabas dan terus maju jaya.

En Mazin dan Keluarga, Lawatan Sambil Belajar Ke RASE

Orang rumah Tuan Mazin dan anak perempuannya agak tertarik dengan packing cendawan kami yang masih segar kerana baru dipetik dari ladang, standard packing kami adalah 100 gm , 200 gm dan 500 gm sebungkus bergantung kepada permintaan dari customer kami.
Tuan Mazin yang berdiri di tengah adalah customer membeli bungkah cendawan kami dari Bukit Rokang , Gemas. Selaku murid dan customer kami, beliau sungguh rajin dan bersemangat memperlajari cara penanaman cendawan dari kami , banyak soalan yang dibangkitkan semasa beliau melawat ke RASE, disamping itu , feedback daripada beliau , bungkah yang dibeli oleh beliau dari RASE mulai berhasil, setakat ini tiada sebarang masalah tertimbul, harap-harap beliau dapat memperolehi rezeki yang lumayan daripada hasil tersebut.

Satay Cendawan

Mmmmh ! Sedapnya satay cendawan ini, memang kegemaran saya !
Berbagai rasa boleh dicipta sendiri bergantung kepada " taste " masing-masing.
Jika sesiapa yang mempunyai resipi istimewa , bolehlah berkongsi idea bersama-sama !
Apa kata jika ia dibuat dengan rasa kari , pedas manis , lada hitam , kunyit dan dicelup dalam kuah kacang ....... dan sebagainya ?????

Rahsia utama ialah satay cendawan ini dibuat daripada " tangkai " cendawan.

Mushroom Kit





Berita baik ! untuk peminat-peminat penanaman cendawan, jika ingin nak cuba-cuba atau main-main, RASE bersedia untuk menjualkan bungkah cendawan kami yang matang ( bersedia untuk dituai ) dalam kuantiti yang kecil secara terus melalui penghantaran caurier service, pengbungkusan yang kemas seperti gambarajah di atas, muatan dalam satu kotak adalah 8 bungkah cendawan , harga istimewa ditawarkan, iaitu RM20.00 tidak termasuk kos penghantaran.