Friday 22 February 2008

Foto Galery Bengkel Cendawan Ke-4

Tahniah kepada semua peserta yang menghadiri kursus cendawan yang dianjurkan oleh RASE dan MZR Nilai, semoga kamu semua akan berjaya dalam industri cendawan pada masa yang akan datang.


Penyampai Sijil dan mushroom kit oleh Mr. Goh En Yazid mengajar bagaimana nak menanam benih cendawan
En Yazid mengajar bagaimana nak membuat bancuhan medium bag cendawan
Peserta diberi peluang memetik hasil cendawan , seronok kan ???!!
Sesi foto semua peserta bersama trainer.
Penerimaan sijil dan kit cendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan ke Kajang

Minggu ini kami telah menghantar 4000 bongkah cendawan ke Kajang , order daripada En Shukri dan Faizal, minggu depan akan adakan satu trip lagi ke sana.


Lori kami baru tiba di tapak cendawan En Faizal, dan bersiap sedia untuk unloading dan di hantar ke dalam rumah cendawan.
Rumah cendawan En Faizal walaupun kecil, tetapi di kawasan yang amat bagus, iaitu di bawah pokok-pokok dan sentiasa tertelup, sangat sesuai untuk penanaman cendawan.
Begitu ceria sekali En. Ah Chong ( driver lori ) yang turut menolong kami menyusun bongkah cendawan ke atas rak.
Bongkah lama yang dimiliki oleh En Faizal / Shukri , nampaknya dah sampai hayat untuk diluputkan
Masih ada lagi hasil cendawan bongkah-bongkah yang lama.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Melaka

Pada pertenganhan bulan Jan'08 dan awal bulan Feb'08, sejumlah 10,000 bongkah cendawan dari RASE telah dihantar ke Bukit Beranam , Melaka kepada Abang Mat, seperti biasa, kami bongkah cendawan yang disusun dalam bakul besi dinaikkan ke atas lori dengan tersusun, kemudian ditutup dengan kanvas secara rapi sebelum bertolak ke destinasi kami.


Ini adalah rupa rumah cendawan Abang Mat yang begitu kemas dan baik strukturnya.
Ganbar Abang Mat bersama bongkah cendawan yang telah disusun atas rak, beliau amat gembira dan berpuas hati dengan barangan dan perkhidmatan daripada kami.
Ini pula menunjukkan pekerja kami menolong Abang Mat menyusun bongkah ke atas rak.

Monday 4 February 2008

Bengkel Cendawan Kali Ke-5


Sunday 3 February 2008

Menteri Besar N.S


Sambutan Hari Raya di Rantau, N.S