Monday 30 March 2009

Pembekal Bahan Mentah Cendawan

Saya dapati ramai pengusaha cendawan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah penanaman cendawan pada masa sekarang, di sini , saya ingin memperkenalkan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan supaya dapat membantu dan memperringankan beban pengusaha-pengusaha cendawan semasa ingin nak neli bahan-bahan mentah yang digunakan dalam penanaman cendawan. Syarikat yang saya memperkenalkan ialah GREEN OPTIMAL RESOURCES.( G.O.R )


Dengan konsep " one stop center ", G.O.R membekalkan bahan-bahan mentah seperti :-

1.) Habuk Kayu Getah yang kian berkurangan ( Lori 3 ton )
2.) Benih Cendawan ( yang diperkenalkan oleh Persatuan Cendawan Malaysia , MAM )
3.) Dedak Padi ( terus dari Bernas )
4.) PP Plastik Bag 6" X 13" X 0.6 yang bermutu.
5.) Set penutup ( Neck , Stopper, Cap ) => jenis pakai span atau kertas.
6.) Hydrometer untuk mengukur suhu bilik dan kelembapan.
7.) Kapur Pertanian jenis Super Lime
8.) Span terpakai.
9.) Life Light => bahan media @ purifier
10.) Mesin Kukus ( 1200 bag ) dan Mesin Bancuh ( 100 kg ), Bakul Besi ( 12 @ 15 bungkah )


Harga yang ditawarkan boleh dibincang dan dirunding bergantung kepada kuantiti yang diorder. G.O.R juga memberikan penghantaran percuma sekiranya di sekitar Seremban dan memberikan khidmat nasihat penanaman cendawan secara percuma kepada pengusaha-pengusaha yang baru.

Segala pertanyaan boleh hubungi Mr GO ( 019-6536313 ) ataupun melalui email kggo@hotmail.com

Peserta-Peserta Kursus Cendawan Bulan March 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan March 2009

RASE ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus asas penanaman cendawan tiram kelabu yang dianjurkan oleh kami semalam.

Seperti biasa, kursus boleh dikatakan amat memuaskan kerana mendapat sokongan dan response yang begitu baik dari semua orang, dan kali ini juga dihadiri oleh semua bangsa utama di Malaysia, oleh demikian, suasana sepanjang masa di kursus ini sungguh meriahkan dan harmoni.

Semoga para peserta semua yang telah mendapat ilmu ini boleh berjaya dalam industri penanaman cendawan ini di masa yang akan datang.


En Yazid memberi tunjuk ajar bagaimana membuat bag / bungkah cendawan.
Sesi fotograf semua peserta ( seramai 14 orang ) bersama maha guru mereka sebelum bersurai.
Mr Choo yang berdiri di sebelah En Yazid sebenarnya adalah pengusaha " cendawan butang " dari Australia.

Semua peserta menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa ceramah diberikan oleh En Yazid.

Para peserta tutur diberi peluang melawat ruang pemeraman bungkah cendawan di RASE selain daripada melawat di dalam bangsal cendawan.



Thursday 26 March 2009

Cendawan " Telinga Kera "

Baru-baru ini, kami dapat beberapa bungkah cendawan " Telinga Kera " dari seorang kawan dari Johor, kini ia sudah berhasil, rupanya cendawan ini langsung tidak ada daya tarikan kerana " tak cantik ". Tapi, saya pernah dengar orang berkata, cendawan ini boleh dikeringkan dengan cara tertentu, kemudian boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang, jika nak makan, rendam dalam air supaya lembutkannya semula, bentuknya akan kembali serupa cendawan yang segar baru dipetik !! betul kah ???


Cuba.... dan main-main saja .................

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Jengka, Pahang

Ini trip penghantaran bungkah cendawan dari RASE ke Pahang yang kali ke berapa ? ..?? tak ingat, tapi yang saya tahu ialah kali kedua pengusaha cendawan yang datang dari Pahang menyewa lori besar dari Jabatan Pertanian untuk menolong mereka mengangkut balik bungkah yang ditempah ke destinasi mereka.


Lori parking di depan pintu masuk RASE, disebelah adalah signboard RASE yang di " recognised " oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.


Disebabkan ini adalah one way trip, maka terpaksalah kami bungkuskan bungkah-bungkah cendawan yang dibeli oleh Pn Linda ( 4500 pcs ) dalam plastik bag.


Bagging Machine For Mushroom

Perkembangan terkini dari RASE, kami akhirnya berjaya memperolehi sebuah bagging mesin untuk menambahkan kapasiti membuat bungkah cendawan kami supaya menampung permintaan bungkah yang sekian meningkat.

Dengan adanya mesin ini, dijangka kapasiti kami untuk membuat 2000 bungkah cendawan dalam masa 3 jam adalah terjamin, ini adalah kerana mengikut index time mesin ini boleh mencapai 3.5 sec untuk satu pusingan, iaitu pengeluarannya adalah 1028 bungkah / sejam.
Pandangan dari depan mesin ini.
Pandangan dari belakang mesin ini.
Dengan adanya kelengkapan mesin ini, RASE berhasrat bagi mereka yang berminat untuk membeli / menjual bungkah cendawan bolehlah datang berunding dengan kami, kami pasti akan menawarkan harga yang sangat-sangat istimewa untuk anda semua disebabkan daya bersaing yang sedia ada daripada kami.







Monday 2 March 2009

Kursus Persediaan Pesaraan, APM : Industri Cendawan

Sekali lagi, RASE mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak APM ( Akademi Percukaian Malaysia ) kerana diberi peluang menceramah tentang prospek penanaman cendawan sebagai salah satu alternatif bagi pegawai-pegawai APM yang bersedia untuk bersara tak lama lagi.

Ceramah tersebut diadakan di Tiara Beach Resort, P.D pada 27 hb Feb 2007, seramai 40 orang pegawai dari APM telah menghadiri ceramah ini.



Keadaan dalam bilik conferance room yang begitu class dan sedlesa.


En Yazid sedang menyampaikan ceramah



Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Feb' 2009

Kursus Cendawan pada 22hb Feb 2009 telah selamat dianjurkan, walaupun kita tak pernah buat iklan di mana-mana suratkhabar pun, tetapi tiap-tiap kali masih dapat sambutan yang baik dari ramai orang, tak kiralah samada dari Alor Star ataupun Johoe Baharu dan lain-lain lagi...... Di sini, RASE ingin mengucapkan ribuan terima kasih para semua peserta yang pernah menghadiri kursus kami, semoga mereka semua boleh berjaya dalam industri ini yang begitu menarik.

Ini adalah cendawan hasil kami yang digunakan semasa kursus dijalankan, tujuannya ialah untuk demo bagaimana cendawan dipetik, bungkah cendawan dicuci, tutup semula dan seterusnya bagaimana cendawan dibungkus supaya tahan lama.
Peserta-peserta bertumpu perhatian semasa sesi praktikal buat bag cendawan yang ditunjukkan oleh En Yazid.

Sesi penyampaian sijil kehadiran kepada perserta-peserta. Mr Tan dari Alor Star.


Pameran bahan-bahan mentah, peralatan, bag media dan cendawan disediakan



Last sekali , sesi penggambaran beramai-ramai bersama peserta yang menghadiri kursus ini.