Thursday 30 April 2009

Store Benih Cendawan dan Bahan Mentah

Kini, Green Optimal Resources ( G.O.R ) mempunyai store benih cendawan yang lebih lengkap , bersih dan kemas dari segi penjagaan dan penyimpanan. Store ini adalah bilik tertutup , dilengkapi hawa dingin ( air-cond ) dan sentiasa mempunyai stock yang mencukupi , iaitu kira-kira 1000 pack seminggu. Pengendalian seperti ini adalah untuk memberikan jaminan sepenuhnya terhadap kualiti benih cendawan kami.


Selain daripada store penyimpanan benih cendawan, kami juga menyediakan ruang untuk penyimpanan set penutup untuk bungkah cendawan sebanyak 100 ribu set stock supaya boleh membantu pengusaha-pengusaha yang memerlukannya pada bila-bila masa.


Bahan-bahan lain yang tiada gambar di sini termasuk PP plastil bag , dedak, kapur dan spouge terpakai. Maka, mereka yang ingin mendapatkan barangan tersebut bolehlah mengunjuri tempat beralamat seperti berikuti :
6298 , Jalan SJ 5/10 D , Taman Seremban Jaya , 70450 , Seremban , Negeri Sembilan.

Atau hubungi Mr Go ( 019-653 6313 )

Penghantaran barangan melalui Courrier Service , KTM , Bus Express , Poslaju , Bungkusan disediakan.

Ceramah Penanaman Cendawan, Anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )

Pada 27hb April 2009, apabila ramai orang sedang sebuk menglengkapkan pentaksiran cukai pendapatan tahunan , bertuah sekali RASE dijemput oleh LHDN untuk menyampaikan ceramah mengenai penanaman cendawan di Kursus Persediaan Persaraan para pegawai-pegawai yang akan bersara di Hotel Impian , Morid , Selangor.

Kalau tak silap saya, kali ini dihadiri seramai 38 orang peserta yang membanjiri bilik ceramah yang dilengkapi dengan semua peralatan seperti projector , PA system dan sebagainya. Menurut Ketua Penolong Pengarah APM Pn Sharipah, ceramah seperti ini amat digemari oleh pegawai-pegawai yang akan bersara kerana boleh mendedahkan idea-idea yang mungkin boleh membantu mereka mencari income selepas persaraan mereka.


En Yazid memberikan ceramah
Contoh-contoh yang kami bawa amat menarik minat dan perhatian para semua peserta.

Begitulah serious mereka yang sedang mendengar ceramah ini.


Satu sesi yang menyeronokan dan mendapat sambutan yang sangat baik oleh peserta ialah domo mengenai cara-cara menghasilkan bungkah cendawan.



Ringkasan Dari Kursus Cendawan Pada Bulan April' 2009

Walaupun kursus kali amat di luar dugaan kami, iaitu hanya 4 orang peserta sahaja yang menghadiri walaupun ramai yang sudah berdaftar dengan kami. Walaubagaimanapun, kursus kali masih dijalankan dengan penuh semangat dan dalam suasana yang harmoni.

Di bawah adalah sedikit gambar yang diambil semasa kursus hari itu :-

En Yazid menyampaikan sijil kehadiran kepada pesert dari K.L , iaitu Miss Cheong
Photo bersama-sama semua peserta yang menghadiri kursus ini.

Penerangan sedang dijalankan dalam rumah incubation bungkah cendawan.


Penerangan tentang bancuhan substrate bungkah cendawan dan cara mengenalpastikan kandungan air selepas dibancuh.



Bahan-bahan mentah ( substrate ) yang digunakan dalam proses penyediaan bungkah cendawan.




Wednesday 8 April 2009

Issue Habuk Kayu Getah !!!!

Ini adalah impact yang serious akibat daripada crisis ekonomi yang menyerang seluruh dunia !!
Baru-baru ini, kami mengalami masalah bekalan habuk yang serious, dimana daripada 5 supplier ( sawmill ) tetap kami, 1 sawmill sudah ditutup sementara waktu , 2 hanya beroperasi 30% dan 2 lagi beroperasi 50%, iaitu keseluruhannya kadar bekalan jatuh sebanyak 60%. Biasanya satu hari boleh dapat sekurang-kurang 3 lori , malangnya sekarang nak dapat satu lori pun susah !!

Menurut taukeh sawmill, keadaan ini berlaku disebabkan pengilang-pengilang perabot yang berasaskan kayu getah langsung terjejas daripada ekonomi yang merosot sejak tahun lepas, apabila mereka tiada order dari customer di Europe seperti USA, maka ini adalah impactnya yang besar untuk kilang papan, malah, harapan yang besar untuk pulih balik ke keadaan normal pada bulan Julai nanti.

Dan tidak dapat dinafikan lagi, harga habuk kayu getah juga akan turut dinaikkan memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengusaha-pengusaha cendawan, dulu barangan yang dibakar dan dibuang oleh taukeh kilang papan sekarang sudah menjadi salah satu income untuk mereka.

Maka, para pengusaha cendawan yang perlukan habuk kayu getah untuk teruskan biz cendawan, disyorkan jangan order habuk kayu pada detik-detik akhir ( last minute ) sebab pada masa sekarang, waiting list untuk mereka yang order habuk kayu adalah hampir seminggu.