Tuesday 3 November 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Oct' 2009

RASE berjaya menjalankan kursus cendawan pada 25 hb Oct' 2009 , seramai 15 orang peserta yang menghadiri kursus kali , yang paling jauh datangnya dari Kota Kinabalu, iaitu Mr Daniel Hoo, kursus kali ini boleh dikatakan amat berjaya kerana semua peserta berpuas-hati dengan maklumat ataupun segala aktiviti yang telah diaturkan, termasuk sesi teori , nota, sesi praktikal bahpun makanan dan sebagainya.


Kali ini, saya berpeluang menyampaikan sijil kehadiran kepada peserta yang datang dari Kota Kinabalu, iaitu Mr Daniel Hoo
Juga berpeluang menyampaikan sijil kepada Ms Lily Lim Lee Lee ( Miss 4-L ) yang datang dari Seremban, begitu ceria sekali Ms Lily, tahniah !

Apa yang mereka sedang perhatikan oleh 4-Men ini ????


Tunjuk ajar secara praktikal sedang dijalankan, trainer hari ini ialah En Yazid



Tak terlupa juga mengambil group photo sebelum bersurai , nampak tak ? apa yang lucu sangat buat semua ketawa ?? Ohh .. Ooh .. Abang yang berdiri di depan bersama isterinya memegang tangan En Hafis , keadaannya serupa seorang bapa berpegang tangan dengan anaknya... ini pasal semua orang ketawa ke ???