Tuesday 18 November 2008

Pembekal Habuk Kayu Getah

Green Optimal Resources ( GOR ) adalah pembekal habuk kayu getah yang khas untuk pengusaha-pengusaha cendawan di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor, matlamat GOR yang menyerupakan sebuah subsidiary company kepada RASE berhasrat membantu golongan-golongan pengusaha cendawan yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu getah yang merupakan bahan mentah/substrate yang utama dalam pemprosesan bungkah cendawan.

Mengikut trend baru-baru ini, pengusaha cendawan memang menghadapi kekurangan habuk kayu getah disebabkan kebanyakan habuk kayu ini telahpun diborongkan oleh sesetengah syarikat yang membuat papan kayu, charcoal , chips board dan sebagainya dengan tawaran harga yang lebih tinggi berbanding dengan pengusaha cendawan, namum demikian, hakikatnya pengusaha cendawan seharusnya mempunyai satu sumber bekalan yang kukuh, maka itulah munculnya GOR untuk mendapatkan bekalan tersebut supaya pengusahaan cendawan kita ini boleh sentiasa berkembang melainkan kita dapat satu bahan gantian habuk kayu getah pada masa akan datang.

Bagi mereka yang ingin order habuk kayu getah, sila hubungi Mr GO ( 019-6536313 )


Lori yang dipenuhi habuk kayu bersedia untuk dihantar ke customer.
Habuk kayu dimuat sehingga penuh dalam lori 3 ton.

Habuk kayu getah terus turun dari Tangki Habuk Kayu tanpa pencemaran , kebersihan adalah terjamin.


Ceramah Di Akademi Percukaian Malaysia (APM)

Satu pencapaian yang baru dimana RASE telah dijemput oleh Akademi Percukaian Malaysia ( APM ) ataupun lebih dikenali sebagai LHDN memberi ceramah tentang industri penanaman cendawan kepada pegawai-pegawai kanan yang akan bersara dari LHDN dalam Programe Persediaan Pesaraan mereka yang berada di Residence Hotel , Kajang pada 13hb November 2008 baru-baru ini.

Sesi ini mendapat sambutan yang begitu baik dari semua peserta yang menghadiri ceramah ini, seramai 42 orang peserta membanjiri dewan ceramah yang dilengkapi dengan projector dan sebagainya.


En. Yazid yang berpakaian smart kali ini memberi ceramah dan memberi tunjuk semua sample yang patut ada dalam penanaman cendawan.
Peserta-peserta yang berbakat menjadi pengusaha cendawan selepas bersara nanti.

Tak ada terhad kepada siapa-siapa pun yang ingin menjadi pengusaha cendawan, bahpun berikat dengan tali leher !


Ini lah rupa bentuk main page di atas projector sebelum ceramah bermula.