Friday, 30 May 2008

Utusan Malaysia : Pengusaha Cendawan

Nabil tekad tanam cendawan

Oleh LAUPA JUNUS

Meskipun bergelar tauke, Nabil Sanusi dan isterinya, Surina Saad tetap turun membantu memetik cendawan untuk dipasarkan.
"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.
Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.

Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.
Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.
Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.
Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.

Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.
Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.

PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.

Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.
Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.

Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).
"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.

Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.

Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.
Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.

Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.
"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.
Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.

Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.
Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.
Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.

Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.
Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.
Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.

Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.

Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.
Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.
Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.

Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.
Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.

"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.
Fakta cendawan

a.) Tidak mempunyai klorofil.
b.) Membiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.

c.) Hypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.
d.) Mengumpul nutrien daripada substrat.
e.) Benih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.

f.) Cendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju).

Lawatan Pelajar Universiti Malaysia Trengganu ( UMT ) ke RASE

Pelajar Universiti Malaysia Trengganu ( UMT ) Miss Ai Ching, Ms Yen Hoon ( bernama ), maaf kalau silap bersama pengawai Jabatan Pertanian Seremban En Farid dan En Ramli telah melawat RASE hari ini, sebenarnya dua orang pelajar Universiti ini sedang pengaji dalam bidang AGRO Teknologi, tujuan mereka ke sini untuk belajar bagaimana kita menguruskan hasil cendawan secara berkesan dan berteknologi sebelum memasarkan ke pasaran. Cendawan bukan station khas untuk mereka, selepas ini mereka akan pergi melawat ke pengusaha kelapa pandan pula.....dan seterusnya tempat hasil-hasil pengeluaran berasaskan pertanian.

Walaubagaimanapun, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas pengenalan RASE kepada institut pengajian tinggi oleh pegawai Jabatan Pertanian.

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Paroi, N.S


Semalam , satu trip penghantaran bungkah cendawan ke Paroi, N.S selamat dijalankan, bungkah tersebut dibeli oleh En Abd Rahman, sebenarnya taukeh itu ingin membeli 5000 bungkah kesemuanya, cuma rak beliau belum complete lagi, maka kali ini kami hanya dapat menhantar 3000 bungkah sahaja, balance 2000 bungkah akan dihantar next week.

Seperti biasa, loading & unloading bungkah cendawan kami dari lori
Ini adalah rupa bangsal cendawan En Abd Rahman yang berukuran lebih kurang 15 X 18 kaki, kapasitinya boleh muat sehingga 8000 bungkah.
Inilah En. Abd Rahman yang bersemangat turut menolong kami menyusun bungkah ke atas rak.
Penyusunan bungkah dijalankan oleh pekerja kami, berpeluh-peluh nampak tak !!!

開創新天地‧ 盛產蠔菇

木屑筒都是以人用包裝,再用蒸氣殺菌。(圖:星洲日報)
每個木屑筒都注明日期,以確保開蓋日期准確無誤,前端滲白色處是菇苗已生長的範圍。(圖:星洲日報)
武吉不蘭律的豬寮變“菇寮”,是目前波德申縣最大的蠔菇培植場。(圖:星洲日報)
蠔菇在市場上的需求量很高,價格穩定。(圖:星洲日報)
張源益(左)摘采成熟的蠔菇,右為鄭亞順。(圖:星洲日報)


前豬農開創新天地‧改造豬寮盛產蠔菇


2008-05-26 10:05

(森美蘭‧武吉不蘭律)養豬業結束後,前豬農無不尋找各種新出路,武吉不蘭律一對兄弟在偶然的機會下接觸了蠔菇種植業,從此聯手打天下,把廢置養豬農場變成蠔菇的盛產天地!

這對兄弟是張源彪和張源益,他們的廢置農場位於武吉不蘭律一百英畝區,佔地約3英畝,曾經用來養豬的豬寮設備,加點創意改裝後,豬寮變成“菇寮”,每天產量高達200公斤。
已成波最大種菇場.目前,這里是已成為波德申最大的種菇場,由於市場對這種菇類的需求相當高,潛能無限,前景看俏。

張源益向《花城》記者說,兄弟倆當初認為把舊豬寮拆掉很浪費,所以不斷尋找可善用舊豬寮的新行業,他們約2年前參觀士毛月一名朋友的蠔菇種植場時,開始接觸這個行業,在朋友的指導下,開始嘗試種蠔菇。

萬事起步難,兄弟倆從零摸索,起初沒有經驗,培植的菇苗,約50%因無法生長而必須丟棄,二人沒有放棄,繼續研究,留意生長環境的溫度、濕度、培植天數等,才漸漸掌握當中的竅門。
他指出,種菇的過程,簡單來說就是先打包木屑、將木屑筒用蒸氣殺菌、植入菇苗、封蓋3個月、菇苗成熟後把蓋子打開,一朵朵蠔菇便會在5天內生長出來,可以摘采。
開蓋時間需準確 他說,摘采後的木屑筒必須在10天內重新蓋上,如此周而復始,蠔菇可生長多達10次,最後才把木屑筒淘汰。

他指出,所有木屑筒都必須注明日期,才能在准確的時間內開蓋,太早或太遲都不適於蠔菇生長。
他也說,蠔菇場內每天必須摘采蠔菇3次,即淩晨5時、下午3時及晚上8時,收集後就新鮮送往吉隆坡,由收購商分銷到市場上。

需用長時間勞力換取收成張源益:種菇最忌青霉菌
張源益說,蠔菇在市場上的收購價格是每公斤7令吉,需求高、市場穩定,可見蠔菇場仍然有擴充的價值。
他說,目前其菇場平均每天生產200公斤的蠔菇,約70%批發到吉隆坡,其餘售給本地市場。
“我們的舊豬寮有7座,我們把原有的矮牆鏟除,搭建一個個木架,整齊排列木屑筒,即成了種菇場,目前已有3座舊豬寮已改裝,其餘的漸漸才擴充。

他指出,天氣過熱,對蠔菇的生長不利,適當的溫度是28至30度,因此,必須在菇場周圍加上保溫網,並常噴水,保持濕度,蠔菇產量才會多。
他說,各行各業都會面對本身的困難,種菇最忌遇上青霉菌,木屑筒裏長了菌,蠔菇就不生,在整個生產過程中,估計超過10%的木屑包會因為長菌而被淘汰。

他指出,在他的蠔菇場,每個過程是每天都在進行中,由他兩兄弟與4名工人一手包辦,從淩晨5時做到晚上9時,絕不是一門輕松的行業,所有的收成都是用長時間的勞力換取的。

Tuesday, 27 May 2008

蘑菇全身上下都是寶



“蘑菇座談會”談些甚麼?“蘑菇展”賣的都是蘑菇嗎?蘑菇有甚麼好談的?抱這樣的好奇心,記者出席了在馬大舉辦的“蘑菇座談與展銷會”。

課本上說過,蘑菇寄生在樹幹上吸取養分,“苟且”生長的植物,卻原來其實蘑菇憑其寄生的特征,早已搭上生物科技的當紅列車,如今已不再只是食品而已,這個寄生植物全身是寶,蘑菇已經發展成多用途的植物。

展銷會售賣各種與蘑菇有關的產品,如蘑菇零食、蘑菇洗髮液、蘑菇咖啡、蘑菇飲料,甚至還售賣蘑菇培植包,讓人買回去自行培植。

這些都是蘑菇商家們早已推出市場的產品。其實蘑菇培植業及生產業者一向跟大學裡的學術人員都有合作,力求通過科研發現,再結合商業市場效益開發更好的技術及推出更多新產品,是我國科研和市場結合的一大力證!

蘑菇在古時代已成為食物的菌類
展銷會之前的一場研討會,是探討大馬蘑菇業的科技、課題及挑戰。出席人士都是關心蘑菇業的研究人員、教授及出產商,共同探討我國的蘑菇研究及市場進展。

蘑菇在古時代就已成為食物的菌類,全世界有超過兩千種品種,但只有約100種被培植。大馬在70年代開始培植蘑菇,最普遍的是蠔菇(grey oyster)品種。

除了傳統上的桌上佳餚,在科技的研發下,蘑菇還可作為健康食品,具有醫藥療效。其他用途還有肥料、飼料等。

大馬大專並無專研究蘑菇的課程,只有生物科系研究生將之選之為研究對象,而大部份大學的生物系及生物科技系也有菌類相關的科目。在組織方面,則有大馬蘑菇研究協會及大馬蘑菇研究中心。另外,這些組織及大專學府也與業者共同研發。現在,蘑菇被農業部列為種植業的農作物之一。

绿市蘑菇坊 : 大学生种蘑菇创业


大学生兄弟俩携手种菇创业
2004-6-12 21:03:39 作者:林子野菇

去年3月,全塘镇前进村发生了一件新鲜事:村民金自强的一对大学生儿子双双辞去城里的工作回到了家乡;今年5月,前进村又发生了一件新鲜事:金自强父子仨在自家承包田里投资10万元盖起了蘑菇棚,成为前进村里第一家蘑菇种植户。周围邻居不禁纳闷:大学生兄弟俩怎么了?   6月3日中午12时,记者专程来到全塘镇前进村金自强家,却不见父子三人的影子。金自强老婆告诉记者,父子仨吃过午饭就去蘑菇棚了。于是,记者又赶往蘑菇棚。坐西朝东的20间大棚蘑菇在开阔的田野里格外显眼,棚壁是泡沫,棚顶是石棉瓦,每两间隔墙处还建有用煤作燃料的加温灶,墙壁全部采用具有保温作用的化纤制品,这种蘑菇棚在我市还真不多见。这时,金自强的大儿子金鲁铭扛着一根毛竹走来,记者便随他进入棚内,原来父子三人正在搭蘑菇架。   

据弟弟金鲁滨介绍,他5年前从四川绵阳西南工学院本科毕业后,一直在平湖经济开发区一家外资企业做技术管理,月收入2000元左右;哥哥金鲁铭从嘉兴纺织学院毕业后,大多数时间在外做生意。尽管哥俩都有一份在别人看来不错的工作,但他们总想自己创一番事业。经家庭成员讨论和市场调查后,哥俩觉得搞食用菌标准化生产有前途,便说干就干,在周围群众诧异的目光中从城市回到了农村。   

回忆创业时的情景,金鲁滨只说了两个字:辛苦。那时,父子三人跑到海盐县租了一处地下室种植白玲菇、杏鲍菇等低温菇。由于兄弟俩对种植蘑菇都是生手,所以大部分时间都在菇棚里摸索技术。每天早上6时多,就赶到菇棚,有时晚上七八时还在菇棚忙碌,一天工作10多个小时。考虑到种植低温菇成本较高,兄弟俩动起了脑筋。几次广州之行后,兄弟俩觉得草菇种植前景较好,因为草菇是一种高温菇,一般室温30摄氏度就能出菇,而且落种后15天就可采摘上市,菇棚产出率高,还能一年四季产鲜蘑菇。说到这,金鲁滨兴奋地告诉记者,他们第一批试种的450平方尺草菇已获得成功,每天可采摘100多公斤,售价可卖到每公斤12元,再过几天,第二批草菇又要上市了。   

目前,金鲁铭主要负责销售,金鲁滨重点抓技术和管理,而父亲金自强则管后勤工作。兄弟俩目前的计划是先搞规模化种植,然后在蘑菇深加工上做文章,走工厂化生产之路。金自强对两个儿子的种菇前途十分看好,他希望儿子尽快把经验传授给周围农户,让更多的村民发家致富。   

从农村走出去的大学生辞去城里的工作又回到了农村,与土地打起了交道,这听来有点不可思议,但金鲁滨兄弟俩却说,这是他们的追求。



Monday, 26 May 2008

Isyarat kenaikan Harga Benih Cendawan !!


Kepada pengusaha-pengusaha cendawan yang menggunakan benih cendawan Trade Mark " SL ", satu isyarat kenaikan harga telah dibuat oleh syarikat benih tersebut, iaitu harga asalnya RM3.20 / bag akan dinaikkan ke RM3.40 / bag mulai bulan depan, harap maklum semua !
Sebab-sebab kenaikan harga ialah :-
1.) Harga biji gandum sedunia meningkat kerana krisis kekurangan beras.
2.) Harga plastik untuk pembungkusan juga meningkat.
3.) Kos pembuatan penutup & leher bag benih cendawan meningkat.

Tahniah ! Peserta Bengkel Cendawan Kali Ke-7

RASE ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus kali ini, semoga semua akan menjadi usahawan cendawan yang berjaya nanti. Tahniah !!


Sedikit movie clip yang dirakam semasa kursus dijalankan ... berkongsilah dengan kawan-kawan..

video

video

Cukup Istimewa Kursus Cendawan Di Sini !!

Semalam adalah satu permulaan yang amat bagus dan istimewa untuk RASE kerana buat kali pertama kami menggunakan bilik training baru kami yang berada di tapak penanaman cendawan kami, konsep sebegini amat memerangsangkan peserta ketika kursus dijalankan kerana peserta-peserta dapat menikmati suasana dalam bilik training yang selesa dan juga dapat medekati tapak penanaman yang dekat semasa buat praktikal di situ. Kali ini seramai 15 peserta yang berdaftar, dan 80% daripada jumlah tersebut telah menghadiri kursus kali ini. Para peserta amat memuaskan ilmu-ilmu yang mereka memperolehi sepanjang waktu bersama kami di sini.


Para peserta dapat memegang dan merasa keseronokan memetik cendawan sendiri.

Tumpuan yang sepenuh ketika penerangan tentang cara packing cendawan.
kali pertama saya memberi sijil dan kit cendawan kepada peserta En Talib
En Yazid menyerahkan sijil kepada Ms Tam.
Dialah " best student " kali ini yang banyak menyoal !!

Suasana dalam bilik kursus ....
Penerangan daripada En Yazid melalui slide projector yang cangih.
Barang-barangan asas penanaman cendawan juga dipamerkan dalam bilik training.
Keseronokan memetik dan mencuci bag cendawan.
Amoi ini macam tak pernah pegang cendawan ????

Thursday, 22 May 2008

Akhirnya Bilik Training Dah Siap !!

Inilah rupa bentuk bilik training kami, kini dah siap dengan segala kelengkapan seperti white board, meja & kerusi , projector, air-cond dll ..... ruang bilik ini boleh menampung lebih kurang 30 orang.

Buat pertama kali, bilik ini akan digunakan untuk kursus cendawan kami pada 25/5/08 ( Ahad ) yang akan datang, setakat ini sudah ada 15 peserta berdaftar dengan kami untuk menyertai kursus cendawan kami pada bulan ini.

Sebenarnya bilik ini ada banyak kegunaannya, selain daripada kursus, ia juga boleh digunakan untuk seminar , mesyuarat dan sebagainya.

Bagi pihak RASE, kami juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menganjurkan kursus bersama atau pinjam kemudahan yang sedia ada ini, jika berminat sila hubungi kami.

Bakul Besi Untuk Dijual !!

Bagi rakan-rakan pengusaha cendawan yang sedia ada ataupun yang baru nak menceburi bidang ini, kini RASE menawarkan bakul besi yang direkabentuk khas untuk mengisi bungkah cendawan yang hendak dikukus. Muatan satu bakul besi boleh mengisi 15 bungkah, harga adalah istimewa iaitu RM20.00 sahaja untuk satu unit.

~~ harga besi makin mahal, plastik pun tak murah, bakul longan sekarang pun susah dijumpai, maka untuk tahan lasak eloklah pakai bakul besi. ~~


Bakul-bakul besi yang sedia ada untuk digunakan, jika nak order perlu tempah dulu. ............

Monday, 12 May 2008

Status Projek Cendawan Fasa III

Selepas 2 minggu mengejar sini-sana, akhirnya seperti mana yang kami rancangkan, projek cendawan fasa III kami dah kira sudah siap " on time ", malahan ada sikit perubahan, dimana bilik yang asal untuk training sudah ditukar menjadi bilik suntik benih dan kami menambahkan lagi satu bilik yang lebih besar menjadikannya sebagai bilik training, itupun sudah 70% siap, dijangka kesemuanya akan complete sebelum 18/5/08 nanti supaya boleh sempat dipakai untuk kursus cendawan yang akan datang pada 25/5/08.


Rumah peraman bungkah cendawan sudah siap dan mula diisi dengan bungkah cendawan sejak 1/5/08, setakat ini dah ada 13K bungkah yang bersiap sedia untuk dipakai sendiri atau dijual jikalau ada permintaan.
Bilik suntik benih yang berlengkapan dengan air-cond dan tertutup adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman dari udara persekitaran. Mamak itu adalah tukang khas kami sejak awal permulaan projek cendawan kami lagi, senyuman yang ceria menandakan betapa puas hati dengan hasil pembinaan beliau. Di tepi situ pula susunan bungkah yang sedang menunggu untuk dikukus. Masalah ini timbul sebab bakul besi yang kami order masih tak dapat delivery on time.
Tempat proses bagging yang lebih lapang dan selesa, pekerja tengah buat kerja, kumpulan ini dapat menghasilkan 2000 pcs bungkah dalam masa 9 jam secara manual, believe or not ??
Ini adalah mesin bancuh substrate kami yang baru dibeli, memang dapat meningkatkan kapasiti membuat bungkah.
Sedikit sebanyak rupa bentuk bilik training kami yang baru, dah siap 70%, tinggal nak buat lantai mosac , cat dan kerja-kerja elektrikal seperti pasang air-cond, lampu, kipas dan projektor sahaja.

Sunday, 11 May 2008

Pendaftaran Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dibuka ... ( Mei 2008 )



PEMBAYARAN
--------------------------------------------------------------------
Nama : MZR Nilai Enterprise
Bank : Maybank.
No. Akaun : 5124 3730 1832.
Sila SMS tarikh dan masa pembayaran serta maklumat pembayaran
(samada pembelian vcd @ bayaran kursus).
---------------------------------------------------------------------

Para Peserta Melakukan Sendiri Semua Peringkat Dalam
Pengusahaan Cendawan Dan Dijamin Boleh Menjadi Usahawan Cendawan.

Tuesday, 6 May 2008

New Shipment !! Our Mushroom Bag By Container

Sungguh menarik sekali !!, kali ini bungkah cendawan kami dihantar ke Pulau Indah, Selangor
dengan menggunakan " Container " ! Wau ! kalau ini jadi kenyataan mushroom bag boleh dieksport ke negeri jiran kita seperti Singapore , Brunei ...... baguslah !!

Sebenarnya, container ini disewa oleh customer kami Cik ITA dari Pulau Indah, Selangor turut
datang ke kebun kami untuk loading bungkah-bungkah yang siap sedia ada.
Tengok ! pekerja kami sedang menaikkan bungkah yang diisi dalam bakul besi ke atas container
Ini hanya sebahagian sahaja, belum penuh lagi container itu !