Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Sunday, 21 September 2008

Recycling : - Wash Top and Cap

Bahan yang utama semasa mencuci top atau cap yang lama adalah Clorox yang berfungsi sebagai bahan pembasmian kuman atau bakteria. Biasanya top dan cap lama adalah kotor, sekiranya tidak dicuci dengan sempurna , ia akan menimbulkan risiko jangkitan kulat hijau dan sebagainya.

High pressure water jet digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat di celah-celah dalam top.

Recycling Top :- Remove old sponge

Dalam bidang penanaman cendawan ini, bukanya setakat menghasilkan cendawan, petik dan jual begitu senang sahaja, ada juga banyak kerja-kerja yang harus dibuat, antaranya mengguna semula top-top ( penutup ) yang lama. Biasanya bahan ini dibuat daripada plastik, maka ia boleh recycle dan diguna semula supaya kos pengeluaran boleh dikurangkan. Tetapi kerjanya amat lecik, iaitu kita perlu buangkan sponge lama, rendam, dan cuci sehingga bersih sebelum diguna-semula.

Movie clip ini menunjukkan En Hafis sedang membuangkan sponge yang lama di dalam top supaya ia boleh dicuci kemudian.

Friday, 25 January 2008

Salvage Bongkah Cendawan Yang Rosak

Di sini RASE cuma ingin nak kongsi idea untuk menyelamatkan bongkah yang telah diserangi penyakit " hijau ".


Photo di atas menunjukkan satu bongkah yang diserang penyakit hijau di bahagian atas ( 1/3 bongkah ) dan satu bongkah lagi yang sudah melalui process " salvage ", di mana peluang untuk menyelamatkan bongkah tersebut adalah tinggi.


Photo ini menunjukkan bongkah yang kami cuba melakukan process " salvage ", banyaknya boleh diselamatkan walaupun bongkah sudah menjadi lebih kecil, dan kemungkinan jumlah hasil petikan juga akan menjadi kurang ( 4 kali sahaja ).




Global Mushroom Day on 5th July



Mari kita sama-sama meraikan " Global Mushroom Day " pada setiap 5th July.

Tuesday, 22 January 2008

Majalah 3 : Perindustrian Penanaman Cendawan

Laporan Khas dari Majalah 3 TV 3 tentang perindustrian cendawan di Malaysia pada masa kini, Klik Logo TV3 untuk melihat video clip.

Penanaman cendawan boleh menjana keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Monday, 21 January 2008

Cara-cara Menggorek Akar Cendawan

Biasanya, pekerja RASE akan menggunakan penggorek yang dibuat khas untuk tujuan menggorek akar-akar yang tersinggah dalam leher bongkah cendawan selepas dipetik hasil. Penggorek ini juga boleh digunakan untuk menggorek benih selepas eraman bungkah cendawan yang sudah matang ( biasanya selepas 60 hari ).

Friday, 18 January 2008

Cara-cara Menanam Benih Cendawan


Langkah-langkah :-

1.) Bungkusan benih cendawan dileraikan.
2.) Benih boleh terus ditanam ke dalam bongkah cendawan yang sudah dikukus.
3.) Proses penanaman benih lebih mudah dijalankan jika ada bantuan penyalur paip.
4.) Penyalur paip harus dicuci dengan larutan alkohol atau clorox sebelum digunakan.
Remark : pastikan bilik suntik adalah tertutup dan dalam keadaan yang bersih


Sponge Preparation in Mushroom Cultivation

Langkah-langkah :

1.) Sponge yang besar diguntingkan menjadi bentuk yang lebih kecil
2.) Sponge yang digunting tadi disumbatkan ke dalam penutup leher ( top ).
3.) Pastikan lubang pada penutup leher ditutup sepenuhnya.

Remark : pastikan sponge yang dipakai adalah jenis bersih.

Thursday, 17 January 2008

Cara-cara Membancuh Substrate Bag Cendawan


Langkah-langkah :-

1.) Habuk kayu getah diisikan ke dalam tong atau bekas.
2.) Timbangkan berat habuk kayu , dedak padi dan kapur pertanian mengikut nisbah 100:10:1
3.) Masukkan ketiga-tiga bahan substrate tersebut ke dalam mesin mini bancuhan.
4.) Campurkan air sehingga campuran tadi menjadi lembap.
5.) Dibiarkan dalam mesin bancuhan selama 10 minit supaya bancuhan lebih sekata.
6.) Bersiap sedia untuk digunakan dalam process bagging.
Kaedah yang mudah ini amat sesuai untuk pengusaha kecil yang baru mula dalam projek cendawan.


Monday, 14 January 2008

Menggunting Akar Cendawan

Ini adalah salah satu process yang penting dimana akar cendawan perlu digunting / dibuang sebelum packaging dijalankan. Di samping itu, pemeriksaan kuanliti juga dijalankan ketika menggunting akar cendawan, iaitu cendawan yang rosak akan diasingkan.


Memetik Cendawan

Pekerja sedang memetik cendawan.



Kaedah Membuat Bongkah Cendawan

Kaedah kami agak senang, dimana pekerja mengisi campuran medium ke dalam beg bongkah cendawan secara manual dengan menggunakan corong yang direka khas. Meja disediakan supaya lebih selesa bekerja. Satu bongkah boleh disiapkan dalam masa 90 saat.


Thursday, 13 December 2007

Penanaman Cendawan Berteknologi di Korea

Wednesday, 12 December 2007

Pengusaha Cendawan "Malaysia Style"

Pengenalan Kepada Cendawan

://www.youtube.com/v/4C3LzGVs8sg&rel=1">

Tuesday, 27 November 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan, Jaminan Kami !!

Sebagai pengusaha cendawan dan pembekal bungkah cendawan, RASE sentiasa bersedia untuk menerima tempahan dari semua pihak dan tempat, bahpun dari Pahang, Kelantan dan Trengganu .... dll kecuali dari Sabah dan Sarawak., Perkhidmatan kami adalah terjamin, dimana kami menguruskan transportation, loading & unloading bungkah menggunakan bakul besi , serta kami menolong sekalipun sampai akhir, iaitu menyusun bungkah-bungkah yang dibeli oleh customer tanpa sebarang bayaran buruh dari pekerja kami. Selain daripada itu, setiap kali tempahan kita menyediakan buffer / extra bungkah sebagai F.O.C untuk customer. Kesemua ini adalah jaminan dari RASE.


Loading ke atas lori
Pengangkutan dari rumah eraman bungkah cendawan selepas disuntik benih.
Penyusunan bungkah ke atas para di tempat customer.