Wednesday 30 December 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Dec' 2009

Walaupun pada penghujung tahun 2009 , RASE masih berjaya menganjurkan kursus cendawan kami pada 20hb Dec' 2009 minggu lepas, tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menghadiri kursus kali ini.

Di bawah, mari kita berkongsi beberapa photo yang sempat kami ambil sepanjang kursus hari itu.

Kelas teori sedang dijalankan
Sesi penerangan cara-cara pengendalian & pengawalan pertumbuhan cendawan

Sesi praktikal yang melibatkan semua peserta kursus.

Penyampaian sijil kehadiran dan cenderamata ( bungkah cendawan ) kepada peserta oleh Mr LF Goh
Ini ada sesi pengambilan gambar secara beramai-ramai sebelum berakhiran kursus hari itu.




Wednesday 16 December 2009

最新上市 "虎年" 发财灵芝

最新上市 "虎年" 发财灵芝 , 祝大家:新年进步 , 恭喜发财 !











Thursday 10 December 2009

恭喜发财 ! "虎年" 发财灵芝 - 我最威 !

恭喜发财 ! "虎年" 发财灵芝 - 我最威 !

灵芝又称灵芝草、神芝、芝草、仙草、瑞草,中国古代认为灵芝具有“长生不老、起死回生”的功效,视为仙草。发财灵芝,均为纯手工制作,每件均为世间绝品。是居家,走亲访友,公司礼仪的上上之选。 发财灵芝,又因其色彩艳丽,形态奇特,多姿多态,造型各异,备惹人爱。灵芝又是吉祥之物,是富贵的象征,所以把发财灵芝摆放于居室、办公室及各种集体场所,不但平地生辉,更会增加灵感,更显高尚雅致,使人观后回味无穷,乐趣横生。所以近两年来,其产品不但销往全国各地,更多的是被一些有时尚观的有识之士和上层人物所看中,他们作为一种非凡的礼品和吉祥的象征,赠送给亲朋好友、同事及领导,表达一点心情,成为首选之物。





Mr Steven Yeap and our favorite LingZhi





Tuesday 3 November 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Oct' 2009

RASE berjaya menjalankan kursus cendawan pada 25 hb Oct' 2009 , seramai 15 orang peserta yang menghadiri kursus kali , yang paling jauh datangnya dari Kota Kinabalu, iaitu Mr Daniel Hoo, kursus kali ini boleh dikatakan amat berjaya kerana semua peserta berpuas-hati dengan maklumat ataupun segala aktiviti yang telah diaturkan, termasuk sesi teori , nota, sesi praktikal bahpun makanan dan sebagainya.


Kali ini, saya berpeluang menyampaikan sijil kehadiran kepada peserta yang datang dari Kota Kinabalu, iaitu Mr Daniel Hoo
Juga berpeluang menyampaikan sijil kepada Ms Lily Lim Lee Lee ( Miss 4-L ) yang datang dari Seremban, begitu ceria sekali Ms Lily, tahniah !

Apa yang mereka sedang perhatikan oleh 4-Men ini ????


Tunjuk ajar secara praktikal sedang dijalankan, trainer hari ini ialah En Yazid



Tak terlupa juga mengambil group photo sebelum bersurai , nampak tak ? apa yang lucu sangat buat semua ketawa ?? Ohh .. Ooh .. Abang yang berdiri di depan bersama isterinya memegang tangan En Hafis , keadaannya serupa seorang bapa berpegang tangan dengan anaknya... ini pasal semua orang ketawa ke ???




Tuesday 29 September 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Sept'09

Seperti mana yang dijangkakan, kursus kali ini dihadiri 9 orang peserta yang kesemuanya kaum Cina, perkara ini berlaku disebabkan oleh para kawan-kawan kaum Melayu masih di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri lagi, maka RASE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan yang meraikannya.


Walaupun baru lepas perayaan, En Yazid turut sudi hadir untuk memberi ceramah kepada semua peserta, antara cara-cara buat beg media cendawan.
Cara-cara membezakan habuk kayu getah dan kualitinya turut ditunjukkan oleh En Yazid

Selain daripada mengawal dan langkah-langkah penjagaan cendawan, cara kutipan hasil juga ditunjukkan oleh trainer.


En Hafis juga membimbing para peserta cara pengbungkusan yang betul.



Akhirnya, selepas penyampaian sijil kehadiran, para semua peserta dijemput untuk mengambil gambar sebelum bersurai.




Friday 21 August 2009

灵芝盆景

The series of : 灵芝盆景
灵芝,又称灵芝草、神芝、芝草、仙草、瑞草,中国古代认为灵芝具有“长生不老、起死回生”的功效,视为仙草。灵芝盆景,均为纯手工制作,每件均为世间绝品。是居家,走亲访友,公司礼仪的上上之选。 灵芝盆景,又因其色彩艳丽,形态奇特,多姿多态,造型各异,备惹人爱。灵芝又是吉祥之物,是富贵的象征,所以把灵芝盆景摆放于居室、办公室及各种集体场所,不但平地生辉,更会增加灵感,更显高尚雅致,使人观后回味无穷,乐趣横生。所以近两年来,其产品不但销往全国各地及通过港商走出国门,更多的是被一些有时尚观的有识之士和上层人物所看中,他们作为一种非凡的礼品和吉祥的象征,赠送给亲朋好友、同事及领导,表达一点心情,成为首选之物。



Made in Malaysia

Ringkasan Dari Kursus Bulan Ogos 2009

Salam sejahtera, di sini RASE ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus penanaman cendawan anjuran kami pada bulan Ogos ini, kali ini nampaknya serious sikit kerana di dalam gangguan wabak A(H1N1) di seluruh Malaysia, walaubagaimanapun, ia tidak menghalang semangat ingin nak belajar oleh semua peserta yang datang, antaranya yang datang dari jauh ialah Ms Geetha dan suaminya Mr Visva , Mr Tan , Mr Low , dan Cik Noraini.


En Hafis menyampaikan sijil kehadiran kepada Ms Geetha dari Segamat.
Para peserta belajar cara-cara mengisi bag media cendawan secara manual

Sesi penggambaran berkumpulan sebelum bersurai.


Lawatan ke dalam rumah peram bungkah cendawan di RASE



En Yazid memberi penerangan tentang bancuhan bahan media bag cendawan.




Monday 29 June 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Jun' 2009

Salam sejahtera, di sini RASE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus pada 21hb Jun 2009, seramai 9 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini boleh dikatakan penuh dengan semangat dan minat ingin menceburi bidang industri penanaman cendawan ini, antaranya ada yang datang dari K.L, Melaka , bahpun Skudai, Johor. Malah, sayang sekali saya sendiri tak dapat hadir kali ini kerana ada hal-hal personel, walaubagaimanapun ia tidak menjejaskan programe kali ini kerana RASE mempunyai satu team member yang sentiasa berganding bahu tak kira apa masalah pun, kali ini , Mr LF Goh , En Hafis dan En Yazid yang memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta yang hadir.


Peserta sedang belajar buat bag media secara manual.
Sesi teori dilangsungkan di dalam bilik training.

Gambar beramai-ramai sebelum bersurai .... kenangan " forever ".


Peserta wanita yang bersemangat dan aktif......
Akhirnya, semoga semua yang telah mengikuti kursus cendawan ini boleh berjaya pada masa depan..

Friday 29 May 2009

Ringkasan Kursus Cendawan Pada 24hb May 2009

Seperti biasa, kali ini seramai 6 peserta terdiri daripada 5 lelaki dan seorang perempuan telah menghadiri kursus cendawan anjuran RASE , mereka adalah seperti yang diyunjukkan dalam gambar di bawah : dari kiri Mr Adrian ( Melaka ) , En Yazid , En Kamarul ( Sunway ) , Mr Adrian ( P.J ), Mr Seow ( Melaka ), saya Mr Go , En Rahman dan isterinya ( J.B ).



Gambar ini menunjukkan para peserta sedang belajar cara membuat bag media/bungkah cendawan secara manual.

Lawatan di dalam bangsal cendawan


En Yazid menunjukkan cara-cara mengenalpastikan kandungan air / kelembapan substrate yang telah dibancuh.



Ini adalah suasana dalam bilik training sewaktu sesi teori dijalankan.




Bungkah Cendawan ! Promosi Sempena Father's Day

Sempena Father's Day yang akan datang pada bulan Jun 2009, RASE ingin mengucapkan kepada semua selamat menyambutan Hari Yang Mulia dan cukup bermakna ini. Di samping itu , RASE ingin membuat promotion bungkah cendawan yang sudah berbenih dengan harga yang istimewa , iaitu RM0.90 satu bungkah, promotion ini akan tutup pada akhir bulan June 2009 atau sehingga stock yang sedia ada habis, maka, bagi mereka yang ingin order bungkah cendawan dan memberinya sebagai hadiah kepada ayah mereka yang dihormati dan mungkin yang akan @ sudah bersara, rebutlah peluang ini !

Bungkah kami adalah bermutu tinggi dan berteknologi " Jepun " iaitu penggunaan Life Light.



Promosi Hebat ! Father's Day Special ! RM0.90 / bungkah

Thursday 30 April 2009

Store Benih Cendawan dan Bahan Mentah

Kini, Green Optimal Resources ( G.O.R ) mempunyai store benih cendawan yang lebih lengkap , bersih dan kemas dari segi penjagaan dan penyimpanan. Store ini adalah bilik tertutup , dilengkapi hawa dingin ( air-cond ) dan sentiasa mempunyai stock yang mencukupi , iaitu kira-kira 1000 pack seminggu. Pengendalian seperti ini adalah untuk memberikan jaminan sepenuhnya terhadap kualiti benih cendawan kami.


Selain daripada store penyimpanan benih cendawan, kami juga menyediakan ruang untuk penyimpanan set penutup untuk bungkah cendawan sebanyak 100 ribu set stock supaya boleh membantu pengusaha-pengusaha yang memerlukannya pada bila-bila masa.


Bahan-bahan lain yang tiada gambar di sini termasuk PP plastil bag , dedak, kapur dan spouge terpakai. Maka, mereka yang ingin mendapatkan barangan tersebut bolehlah mengunjuri tempat beralamat seperti berikuti :
6298 , Jalan SJ 5/10 D , Taman Seremban Jaya , 70450 , Seremban , Negeri Sembilan.

Atau hubungi Mr Go ( 019-653 6313 )

Penghantaran barangan melalui Courrier Service , KTM , Bus Express , Poslaju , Bungkusan disediakan.

Ceramah Penanaman Cendawan, Anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )

Pada 27hb April 2009, apabila ramai orang sedang sebuk menglengkapkan pentaksiran cukai pendapatan tahunan , bertuah sekali RASE dijemput oleh LHDN untuk menyampaikan ceramah mengenai penanaman cendawan di Kursus Persediaan Persaraan para pegawai-pegawai yang akan bersara di Hotel Impian , Morid , Selangor.

Kalau tak silap saya, kali ini dihadiri seramai 38 orang peserta yang membanjiri bilik ceramah yang dilengkapi dengan semua peralatan seperti projector , PA system dan sebagainya. Menurut Ketua Penolong Pengarah APM Pn Sharipah, ceramah seperti ini amat digemari oleh pegawai-pegawai yang akan bersara kerana boleh mendedahkan idea-idea yang mungkin boleh membantu mereka mencari income selepas persaraan mereka.


En Yazid memberikan ceramah
Contoh-contoh yang kami bawa amat menarik minat dan perhatian para semua peserta.

Begitulah serious mereka yang sedang mendengar ceramah ini.


Satu sesi yang menyeronokan dan mendapat sambutan yang sangat baik oleh peserta ialah domo mengenai cara-cara menghasilkan bungkah cendawan.