Thursday 30 April 2009

Ceramah Penanaman Cendawan, Anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )

Pada 27hb April 2009, apabila ramai orang sedang sebuk menglengkapkan pentaksiran cukai pendapatan tahunan , bertuah sekali RASE dijemput oleh LHDN untuk menyampaikan ceramah mengenai penanaman cendawan di Kursus Persediaan Persaraan para pegawai-pegawai yang akan bersara di Hotel Impian , Morid , Selangor.

Kalau tak silap saya, kali ini dihadiri seramai 38 orang peserta yang membanjiri bilik ceramah yang dilengkapi dengan semua peralatan seperti projector , PA system dan sebagainya. Menurut Ketua Penolong Pengarah APM Pn Sharipah, ceramah seperti ini amat digemari oleh pegawai-pegawai yang akan bersara kerana boleh mendedahkan idea-idea yang mungkin boleh membantu mereka mencari income selepas persaraan mereka.


En Yazid memberikan ceramah
Contoh-contoh yang kami bawa amat menarik minat dan perhatian para semua peserta.

Begitulah serious mereka yang sedang mendengar ceramah ini.


Satu sesi yang menyeronokan dan mendapat sambutan yang sangat baik oleh peserta ialah domo mengenai cara-cara menghasilkan bungkah cendawan.



No comments: