Wednesday, 8 April 2009

Issue Habuk Kayu Getah !!!!

Ini adalah impact yang serious akibat daripada crisis ekonomi yang menyerang seluruh dunia !!
Baru-baru ini, kami mengalami masalah bekalan habuk yang serious, dimana daripada 5 supplier ( sawmill ) tetap kami, 1 sawmill sudah ditutup sementara waktu , 2 hanya beroperasi 30% dan 2 lagi beroperasi 50%, iaitu keseluruhannya kadar bekalan jatuh sebanyak 60%. Biasanya satu hari boleh dapat sekurang-kurang 3 lori , malangnya sekarang nak dapat satu lori pun susah !!

Menurut taukeh sawmill, keadaan ini berlaku disebabkan pengilang-pengilang perabot yang berasaskan kayu getah langsung terjejas daripada ekonomi yang merosot sejak tahun lepas, apabila mereka tiada order dari customer di Europe seperti USA, maka ini adalah impactnya yang besar untuk kilang papan, malah, harapan yang besar untuk pulih balik ke keadaan normal pada bulan Julai nanti.

Dan tidak dapat dinafikan lagi, harga habuk kayu getah juga akan turut dinaikkan memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengusaha-pengusaha cendawan, dulu barangan yang dibakar dan dibuang oleh taukeh kilang papan sekarang sudah menjadi salah satu income untuk mereka.

Maka, para pengusaha cendawan yang perlukan habuk kayu getah untuk teruskan biz cendawan, disyorkan jangan order habuk kayu pada detik-detik akhir ( last minute ) sebab pada masa sekarang, waiting list untuk mereka yang order habuk kayu adalah hampir seminggu.




No comments: