Tuesday 30 December 2008
Monday 29 December 2008
Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Disember 2008
Jumlah seramai 17 peserta telah menghadiri kursus kali ini, semoga mereka boleh menceburi bidang industri cendawan ini dan terus berjaya di tempat asal mereka masing-masing.
Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Pahang, Melaka Dan K.L pada Bulan December 2008
1.) En Musbah di Pahang : 3500 pcs
2.) En Yazid di Melaka : 3000 pcs
3.) En Shamsuri di Sg Buluh : 3000 pcs
Gambar-gambar di bawah merupakan pandangan di tapak mereka masing-masing , termasuk pekerja sedang menyusun bungkah ke atas rak.
Bersembang-sembang En Isamuddin bersama En Shamsuri di tapaknya dekat Sg. Buluh.
Steamer / Mesin Kukus new design..
Gambar ini adalah mesin kukus / steamer baru design daripada kawan saya, muatannya adalah 1200 bungkah sekali kukus, keistimewaanya adalah bahagian atas itu berbentuk lengkung dimana ia dapat memperbaiki arus gerakan wap semasa kukus, di samping itu tangki air yang tidak begitu besar boleh mempercepatkan air mendidih semasa dimasak. Mesin Kukus ini juga menyediakan tempat untuk memasangkan thermocouple ( alat pengukur suhu ), dan dilengkapkan dengan water lavel indicator. Maka, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Mr Go : 019-6536313 , harganya pun tak mahal, lebih kurang RM4xxx sahaja.
Cendawan Yang Cantik Keluar Di Rumah
Hasil Cendawan Dari Penggunaan Life Light
Didapati juga, peratusan kerosakan bungkah juga turut menurun, ini mungkin disebabkan oleh pH air yang kita gunakan selepas direndam serbuk Life Light adalah lebih tinggi dan stabil ( pH : 9 ~ 10 ) berbanding dengan air pipe yang kami gunakan terus dahulu ( pH : 6.8 ~ 7.0 ).
pH tester Untuk Bungkah Cendawan
Sekiranya pH yang terlampau rendah ( < 6.4 ) selepas kukus, kemungkinan yang besar untuk jangkitan dari kulat hijau amat tinggi kerana kulat hijau ini amat suka berkoloni dalam keadaan yang berasid.
Ini adalah pH tester yang saya gunakan untuk mengukur nilai pH bungkah kami, sebelum kukus pH adalah antara 7.2 ~ 7.4.
Monday 1 December 2008
Ringkasan Kursus Cendawan Bulan Nov' 2008
Seperti biasanya, kali ini seramai 11 orang peserta telahpun berjaya menghadiri kursus kali ini, kebanyakan mereka datang samada berhubungan suami-isteri, bapa dan anak ataupun kawan-kawan. Mereka juga terdiri daripada pelbagai bangsa.
Dalam sesi hari itu, para peserta-peserta juga dapat mempelajari cara-cara penanaman cendawan dijalankan dari peringkat A ke Z , umpamanya cara-cara membuat bungkah cendawan sendiri.
Daripada komen-komen peserta, hasil yang mereka memperolehi adalah memuaskan dan secara tidak langsung telah meningkatkan semangat dan keyakinan mereka untuk meceburi bidang ini.
Tuesday 18 November 2008
Pembekal Habuk Kayu Getah
Mengikut trend baru-baru ini, pengusaha cendawan memang menghadapi kekurangan habuk kayu getah disebabkan kebanyakan habuk kayu ini telahpun diborongkan oleh sesetengah syarikat yang membuat papan kayu, charcoal , chips board dan sebagainya dengan tawaran harga yang lebih tinggi berbanding dengan pengusaha cendawan, namum demikian, hakikatnya pengusaha cendawan seharusnya mempunyai satu sumber bekalan yang kukuh, maka itulah munculnya GOR untuk mendapatkan bekalan tersebut supaya pengusahaan cendawan kita ini boleh sentiasa berkembang melainkan kita dapat satu bahan gantian habuk kayu getah pada masa akan datang.
Bagi mereka yang ingin order habuk kayu getah, sila hubungi Mr GO ( 019-6536313 )
Lori yang dipenuhi habuk kayu bersedia untuk dihantar ke customer.
Ceramah Di Akademi Percukaian Malaysia (APM)
Sesi ini mendapat sambutan yang begitu baik dari semua peserta yang menghadiri ceramah ini, seramai 42 orang peserta membanjiri dewan ceramah yang dilengkapi dengan projector dan sebagainya.
En. Yazid yang berpakaian smart kali ini memberi ceramah dan memberi tunjuk semua sample yang patut ada dalam penanaman cendawan.
Tuesday 21 October 2008
Ringkasan Dari Kursus Bulan October 2008
Kali ini turut disertai oleh 3 kaum utama di Malaysia, yang paling jauh datang dari Batu Pahat Mr Lim, yang lain semuanya datang dari K.L.
Seperti biasa, sesi pagi adalah pengajaran secara teori dalam bilik kursus.
Mr Thiru sedang belajar bagaimana membuat bungkah cendawan.
Ramai juga yang kali pertama menyentuh habuk kayu getah yang merupakan media bag cendawan.
Cik Zaiton dari K.L, the only one women dalam kursus kali ini.
Rakan Perniagaan Bersama Swiftlet Sanctuary Berhad
Syarikat yang sebegini besar ini sebenarnya adalah pakar dalam bidang burung layang-layang , pertaniaan secara organik , pemlibatan dalam bidang ternakan lintah, penanaman cendawan dan sebagainya.
Banner yang digantung dalam pejabat jelas difahami business direction mereka.
Kolam perternakan Lintah yang sedia ada.
Bangsal cendawan yang sedia ada, pekerja-pekerja sedang menyusun bungkah ke atas rak.
Monday 6 October 2008
Our LingZhi ( Ganoderma ) Cultivation
Looking on its potential demand in the market, RASE has one step forward to involve in LingZhi cultivation since 2 months ago, now, we are proudly to say that RASE has been successfully cultivating the LingZhi, and we are now looking for the partnership cooperation with others people who are interest to develop this LingZhi down stream products.
Ling Zhi started to grow
Can see a lot of baby LinZhi
The shape of LingZhi so nice, still small
If come to the matual stage, the whole LingZhi will turn into red colour.
Tuesday 30 September 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua pengusaha-pengusaha cendawan di seluruh Malaysia , semoga semangat untuk membangunkan industri cendawan yang penuh dengan cabaran ini terus maju berjaya.
Di samping ini, kami juga tidak terlupa memohon maaf kepada sesiapa-siapa pun jika ada terjadi masalah atau kesulitan yang tertimbul akibat daripada kesilapan kami. Mohon Maaf !
Sunday 21 September 2008
Recycling : - Wash Top and Cap
Bahan yang utama semasa mencuci top atau cap yang lama adalah Clorox yang berfungsi sebagai bahan pembasmian kuman atau bakteria. Biasanya top dan cap lama adalah kotor, sekiranya tidak dicuci dengan sempurna , ia akan menimbulkan risiko jangkitan kulat hijau dan sebagainya.
High pressure water jet digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat di celah-celah dalam top.
Recycling Top :- Remove old sponge
Dalam bidang penanaman cendawan ini, bukanya setakat menghasilkan cendawan, petik dan jual begitu senang sahaja, ada juga banyak kerja-kerja yang harus dibuat, antaranya mengguna semula top-top ( penutup ) yang lama. Biasanya bahan ini dibuat daripada plastik, maka ia boleh recycle dan diguna semula supaya kos pengeluaran boleh dikurangkan. Tetapi kerjanya amat lecik, iaitu kita perlu buangkan sponge lama, rendam, dan cuci sehingga bersih sebelum diguna-semula.
Movie clip ini menunjukkan En Hafis sedang membuangkan sponge yang lama di dalam top supaya ia boleh dicuci kemudian.
Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan September 2008
Inilah gambar bersama peserta-peserta kursus kali ini, En Yazid ( sebelah kiri ) selaku pensyarah nampaknya letih sedikit, tetapi tidak patah semangatnya untuk terus maju dalam bidang ini.
Gaya-gaya En Yazid semasa memberikan penerangan dalam sesi teori.
Peserta-peserta turut rajin membuat bag media cendawan dalam sesi praktikal.
Apa kah yang Mr LF. Goh tunjukkan kepada Mr Leong ( China-Dian ) yang datang dari J.B.
Hasil yang diperolehi oleh peserta bukannya setakat ilmu penanaman cendawan sahaja, kami turut menyampaikan sijil kehadiran kursus, Kit DIY dan cendawan goreng frozen. Salah seorang peserta ini adalah Ms Hoong dari K.L.