Sunday 21 September 2008

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan September 2008

Tidak terlupa daripada motto kami ( RASE = Rajin, Aktif , Semangat , Efektif ) , walaupun dalam bulan puasa yang mulia ini, kami tetap menganjurkan kursus cendawan sepertimana bulan-bulan yang lalu, bolehlah dikatakan kali ini dapat sambutan yang memuaskan kerana antara peserta-peserta yang menghadiri kursus pada 21 hb September 2008 ini terdiri daripada kaum muslim dan non-muslim juga.


Inilah gambar bersama peserta-peserta kursus kali ini, En Yazid ( sebelah kiri ) selaku pensyarah nampaknya letih sedikit, tetapi tidak patah semangatnya untuk terus maju dalam bidang ini.
Gaya-gaya En Yazid semasa memberikan penerangan dalam sesi teori.
Peserta-peserta turut rajin membuat bag media cendawan dalam sesi praktikal.
Apa kah yang Mr LF. Goh tunjukkan kepada Mr Leong ( China-Dian ) yang datang dari J.B.
Hasil yang diperolehi oleh peserta bukannya setakat ilmu penanaman cendawan sahaja, kami turut menyampaikan sijil kehadiran kursus, Kit DIY dan cendawan goreng frozen. Salah seorang peserta ini adalah Ms Hoong dari K.L.

No comments: