Monday 1 September 2008

Kursus Cendawan Dari Pelajar Politeknik P.D

Pada 30 hb Ogos 2008, seramai 20 orang pelajar dari Club Mekanikal Engineering Politeknik Port Dickson yang diketuai oleh penasihat mereka En Ghani dan En Afandi telah berjaya menjalankan kursus intensif penanaman cendawan tiram kelabu di RASE. Tujuan anjuran sebegini ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari kolej seperti Politeknik PD sebagai satu aktiviti penambahan ilmu dan alternative pekerjaan serta kerjaya mereka setelah tamat pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi.

Peserta-peserta menumpukan perhatian yang sepenuh semasa pengajaran secara teori diberikan oleh En Yazid.
Praktikal bagaimana membuat bag media cendawan turut diberi tunjuk ajar.
Peserta yang menghadiri kursus ini turut diberi sijil kehadiran.
Kursus sebegini tidaklah " tension " sangat seperti di dalam bilik kuliah !! Relax saja......
Akhirnya sesi penggambaran beramai-ramai sebelum bersurai.

No comments: