Monday, 25 August 2008

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Bahau Dan Johor Baharu

Pada 19 August, penghantaran bungkah sebanyak 3500 pcs telah dihantar ke Bahau, N.S. Customer kami adalah Mr Khoo, beliau menceburi bidang ini secara part time, dan tapak beliau adalah di dalam sebuah rumah kedai yang disewa olehnya.

Ini adalah rupa bentuk rumah kedai yang digunakan untuk menanam cendawan tiram kelabu.
Mr Khoo dan isterinya nampaknya gembira apabila bungkah-bungkah miliki mereka sudah disusun diatas rak.
Selain daripada itu, kami berkesempatan menghantar 3000 bungkah cendawan dari RASE ke Johor Baharu pada 20 August, kali ini merupakan trip yang paling jauh kami hantar. Taukeh yang order bungkah ini adalah Mr Chong, salah seorang peserta kursus anjuran kami pada bulan August. Apabila tiba di situ, rupanya rak yang dibuat oleh pekerja Mr Chong kurang sesuai lagi, sebenarnya Mr Chong adalah pengusaha Burung layang-layang yang terkenal di JB, beliau planning untuk menambahkan hasil dengan menanam cendawan di ruang lapang di bawah bangunan burung layang-layang.
Oleh kerana rak yang belum sempurna, selepas berbincang dengan pekerja Mr Chong, bungkah yang kami hantar itu terpaksa disusun di bawah sahaja sehingga rak-rak mereka diubahsuai.
Kami juga dapat menghantar 1000 pcs bungkah cendawan yang bercampuran Life Light kepada Mr Chong atas permintaan dari beliau, di samping itu 3 bungkah LingZhi juga diberikan kepada beliau untuk percubaan di premise beliau.
En Isamuddin sempat juga melawat di office Mr Chong, nampaknya sudah ada planning yang terperinci dalam bidang combination " Bird's nest & Mushroom ".

No comments: