Monday, 11 August 2008

Percubaan Penanaman Cendawan Di Samsung, Seremban

Apabila terima panggilan dari rakan sekerja dulu yang masih berkhidmat di Samsung Seremban mengatakan bahawa dia nak cuba tanam cendawan, mula-mula ingat mungkin dia ingin menceburi bidang ini secara part time, malahan selepas berbual-bual dengannya, dapati ini bukan percubaan beliau, sebaliknya percubaan ini akan dibuat di dalam kawasan kilang Samsung yang begitu besar di Seremban. Saya pun amat tertarik dengan misi ini, maka mengikut order rakan itu, saya pun menghantar 100 bungkah cendawan ke Samsung minggu lepas pada 9/8/08, bungkah yang mereka minta adalah yang sudah matang dan boleh keluar hasil selepas 5 hari dibuka supaya mereka boleh menunjukkan aktiviti penambahan pendapatan secara sampingan oleh kakitangan Samsung kepada pihak atasan mereka, sekiranya proposal ini berjaya, ada kemungkinan besar mereka akan memulakan kuantiti yang banyak, dalam perancangan awal mereka, tempat-tempat atau bilik-bilik kosong sekarang yang banyak tak dipakai akan diguna sepenuhnya untuk memenuhi penanaman cendawan sebagai pendapatan sampingan.


Pemandangan dalam kawasan kilang Samsung yang tidak asing untuk saya walaupun sudah melebihi 1.5 tahun saya berhenti dari Samsung.
Pandangan jauh ke arah salah satu kilang yang saya pernah berkhidmat sebagai production H.O.D.
Rak seperti ini yang banyak tak dipakai di Samsung mungkin akan diguna semula.
Ini adalah tempat pertama percubaan penanaman cendawan di Samsung. ( Dalam store room )

No comments: