Monday, 11 August 2008

Penghantaran Bag Media Cendawan Ke Rembau, N.S

Pada 6 Ogos 2008 , trip penghantaran 1500 bag media cendawan ke En Zulfaqar, Rembau, N.S merupakan trip pertama Isamuddin selepas beliau menjalani pembedahan tyroid di G.H Seremban. Walaupun masih lemah badannya, tetapi dengan semangat beliau dalam bisiness ini, kali ini tetap selamat dijalankan.


bag media dari RASE yang bersedia untuk dihantarkan ke Rembau.
Apabila tiba di destinasi, kami dapat melihat bangsal cendawan En Zul yang dah siap dibinakan.
Rupa bentuk para-para kayu untuk menyusun bungkah cendawan.
Selepas bantuan dari En Zul dan 2 orang pekerja dari kami, bungkah-bungkah yang diorder selesai disusun ke atas rak.
Ini lah rupa tuan punya bangsal ini En Zulfaqar, taukeh yang begitu muda dan rasanya amat puas hati dengan bungkah-bungkah ini. Beliau juga merupakan bekas student yang berkursus di RASE.

No comments: