Monday 18 August 2008

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Ogos 2008

Pada hari pertama cuti sekolah iaitu 17 Ogos 2008 merupakan tarikh yang sama kursus cendawan kami pada bulan Ogos 2008, mungkin disebabkan crush dengan cuti sekolah, ramai peserta yang sudah berdaftar dengan kami telah berubah rancangan mereka, oleh itu hanya seramai 6 peserta sahaja yang menghadiri kursus kali ini. Walau bagaimanapun, kali ini amat bermakna bagi kami kerana ia merupakan suatu pencapaian yang terunggul oleh kami bukannya jumlah peserta, malahan pesertanya tersendiri kerana mereka sanggup mengkorbankan masa mereka bersama ahli keluarga untuk bercuti atau duduk di rumah untuk menonton aksi-aksi olimpik 2008. Dan juga peserta yang telah hadiri kursus kali ini terdiri daripada 3 bangsa utama di Malaysia, dan amat bangga sekali kerana buat kali pertama turut disertai oleh rakan-rakan kaum India yang ingin menceburi diri dalam Industri Penanaman Cendawan ini.
Ini lah sesi gambar selepas kursus, wakil terdiri dari semua kaum dan semuanya hebat-hebat sekali ( Taukeh besar besar )
Tumpuan sepenuh oleh Mr Rajiswaran dan rakan-rakannya yang datang dari jauh, iaitu dari J.B , Johor. Mereka bertolak dari situ pada awal pagi 4.30 am.
Buat bagging secara manual mesti mempunyai hati yang tabah dan yang penting mesti ada " MINAT "
Lawatan ke dalam bangsal oleh Mr Sathiah dan Mr Sudhagaran
Mr. Alfred Chong, merupakan seorang peniaga yang sangat berjaya dalam bidang burung layang-layang di Negeri Johor, personality beliau yang friendly, berpandangan jauh, teliti dan bersungguh-sungguh dalam segalanya merupakan suatu kepastian buat beliau terus berjaya.

No comments: