Friday, 15 August 2008

Penggunaan LIFE LIGHT

Penggunaan LIFE LIGHT ini adalah senang saja, iaitu serbuk LIFE LIGHT perlu direndam dalam air selama 24 jam sebelum digunakan, sukatannya adalah 3 gm untuk satu bungkah cendawan, iaitu sekiranya kita nak buat 1000 bungkah, maka kita perlu menyediakan 3 kg LIFE LIGHT. Air dan serbuk yang direndam seharusnya digunakan untuk bancuhan substrate bag cendawan, kerana air tersebut telahpun ditulenkan oleh LIFE LIGHT. dan bebas dari segala bahan kimia serta organisma/kuman yang tak baik.

Kos penggunaan secara kasar adalah antara 3 ~ 4 sen satu bungkah, maka, sekiranya keputusan penggunaan LIFE LIGHT dapat meningkatkan hasil sebanyak 25% ~ 35% dan mengawal kerosakan bungkah cendawan di bawah 2% , saya rasa ia amat berkesan dan berbaloikan kerana secara tidak langsung ia dah dapat mengurangkan kos penghasilan bungkah ( kerosakan kurang ) dan mengurangkan tenaga buruh kerana memerlukan banyak masa untuk sorting dan buangkan bungkah-bungkah yang rosak dijangkit oleh kulat hijau, kulat orange dan sbagainya...!

Tambahan pula, LIFE LIGHT ini adalah jenis bahan media beralkali, maka, kapur pertanian boleh diabaikan sekirannya kita menggunakan LIFE LIGHT.

Cara-cara Penyediaan LIFE LIGHT
Kelebihan Penggunaan LIFE LIGHT ( sorry... dalam B.Cina )
Testimonial dari Pengusaha Cendawan Di Malaysia, iaitu dari Bentong, Pahang. Hasilnya amat menggalakkan dimana pengeluaran harian sudah meningkat dari 100 kg ke 250 kg sehari dan kerosakan bungkah cendawan yang dijangkit oleh kulat lain sudah berkurangan. Purata berat cendawan yang dihasilkan adalah 80 ~ 100 gm sekali petik/bag dan bau cendawan adalah wangi dan tebal.

No comments: