Tuesday 29 July 2008

Cendawan Busut

Siapa pernah lihat cendawan busut yang tumbuh secara liar dan semulajadi ?

Pernahkah anda makan cendawan yang sebegini ? saya pernah dengar-dengar kata orang kampung bahawa cendawan ini memang boleh dimakan, dan rasanya sedap enak sekali, selain daripada itu, harga yang orang kampung jual itu pun mahal, iaitu hampir RM15 sekilo !!? Jika dimasak jadi sup, mmmmmh memang sedap !


Cendawan ini dipetik dari kebun kelapa sawit oleh seorang rakan Indon, katanya jarang jumpa
cendawan busut ini, memang sedap dimakan. Walaupun cendawan yang dijumpai oleh beliau sudah " tua " atau over, tapi masih lah boleh dimasak.

Inilah kawan yang jumpa cendawan busut, nampak macam berlagak dan puas hati dengan hasil cendawan dia.

Ehh ! siapa yang ambil cendawan busut itu tunjuk-tunjuk di depan muka En Hafis yang tengah termenung ! mungkin dia tengah fikir lebih elok tanam cendawan tiram kelabu yang mempunyai pasaran yang begitu besar ke ?

Monday 21 July 2008

Ringkasan Dari Kursus Cendawan July 2008


Kursus cendawan pada 20 July 2008 telahpun selamat dijalankan, kali ini terdiri daripada 11 peserta yang menyertai kursus ini, dan banyak rekod-rekod baru telah dicatatkan, iaitu :-

1.) Peserta yang paling tua selama ini, iaitu En Long Seng ( 72 tahun )
2.) Peserta yang datang dari tempat paling jauh selama ini , iaitu Mr C.L.Tan dari Johor Bahru.
3.) Kali ini paling ramai peserta dari kaum Cina ( 4 orang ).
4.) Peserta yang paling awal sampai ke kelas, iaitu Mr Michael Lim ( 7.30 am )
5.) En Long Seng dan En Long Kui Meng ( merupakan Bapa dan Anak )

Antara peserta-peserta itu, ada sebilangan yang berpelajaran dan pakat tinggi dalam sector lain, kalau tak silap saya , 1 orang operation manager, 2 orang jurutera dan lain-lain lagi .......... !
Kami amat berbesar hati kerana melihat kursus sebegini dapat sambutan yang baik dari orang ramai yang berminat dalam industri penanaman cendawan. Syabas dan terima kasih untuk mereka yang sudah menyertai kursus ini, semoga anda semua akan berjaya pada masa-masa yang akan datang.

Ini lah En Long Seng yang berumur 72 tahun, semangatnya harus kita mempelajari !


Suasana dalam bilik training, nampaknya ramai yang betul-betul
mencatat nota.

Penerangan dan latihan secara praktikal cara pembancuhan substrate
Pn Sawiyah sedang mencuba buat beg cendawan !




En Long Seng dan anaknya Long Kui Meng bersama-sama mengkaji dan memperlajaran bidang industri cendawan.

Friday 18 July 2008

Kontrak Farming Cendawan RASE & Mr Lee

Perlaksanaan secara kontrak farming buat kali pertama antara RASE dengan pengusahaan cendawan yang baru iaitu Mr Lee dan partnernya Mr Yong dari KOTA , Tampin. Mereka bersetuju menerima supply bungkah cendawan dari kami secara berterusan dengan harga yang disetujui, manakala syaratnya ialah RASE akan membeli hasil cendawan daripada mereka mengikut harga pasaran yang berpatutan.



Bungkah-bungkah cendawan yang bersedia untuk dihantar ke Mr Lee

Pada peringkat pertama, kami akan mengisi sehingga penuh rumah cendawan mereka dalam sebuah rumah kedai yang boleh menampung hampir-hampir 18 Ribu bungkah pada bulan ini, dan seterusnya mereka akan mencari lagi lokasi lain yang sesuai untuk projek yang seterusnya.


Para-para yang dibuat oleh Mr Lee so far adalah yang paling baik yang pernah saya lihat


Masih ada banyak rak lagi walaupun sudah diisi 6000 bungkah


Mr Lee sendiri turun padang memantau pekerja dari RASE menolongnya menyusun bungkah ke atas rak.


Satu lagi taukeh yang ingin berjaya dalam bidang industri cendawan iaitu Mr Yong ( partner kepada Mr Lee )

Dengan konsep sebegini, situasi " WIN-WIN " boleh dibentukkan dimana kos permulaan yang agak rendah untuk mereka, dan mereka tidak perlu risau tentang pasaran. Manakala RASE pula boleh mengoptimakan kapasiti mesin dan pekerja kami, disamping dapat support dari segi hasil cendawan yang tak pernah-pernah cukup di pasaran sekarang memandangkan tapak penanaman kami adalah terhad, iaitu pada masa sekarang hanya ada 3 bangsal cendawan sahaja.

Thursday 17 July 2008

Programe Persediaan Pesaraan Pegawai LHDN, Malaysia

Pada 16 Julai 2008, satu programe yang amat bermakna telah berlangsung di RASE, iaitu Programe Persediaan Pesaraan bagi pegawai-pegawai LHDN, Malaysia. Seramai 32 orang peserta telah menyertai programe ini. Bagi pihak RASE, kami menyediakan kemudahan dan tempat untuk melatih para peserta mengenai cara-cara mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu secara kormersial. Sepanjang waktu kursus dijalankan, para peserta yakin boleh memperolehi ilmu yang cukup supaya mereka boleh mengusahakan penanaman cendawan sendiri selepas bersara nanti.

Apa yang kami perhatikan ialah, walaupun kumpulan ini sudah berusia ( 52 ~ 57 tahun ), malah semangat dan kemahuan mereka ingin belajar tidak boleh dinafikan jauh di luar jangkaan kami, oleh demikian kami pun sangat serious semasa kursus dijalankan.

Peserta-peserta menumpu perhatian yang sepenuhnya semasa trainer memberikan taklimat / teori.
Tengok muka mereka , begitu serious sekali !! ada yang tak sabar-sabar nak mulakan buat bungkah cendawan.
Penerangan atau demo bagaimana menguruskan bungkah oleh En Yazid.
Abang ini yang paling bergaya juga turut menyertai praktikal membersihkan benih cendawan.
Pada akhir sesi sebelum bersurai, gambar berkumpulan dapat diambil sebagai kenangan.....

Wednesday 2 July 2008

Borang Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan


Powered by Wufoo