Monday, 29 December 2008

pH tester Untuk Bungkah Cendawan

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tak update blog ini, kali ini saya ingin memperkenalkan satu alat dipanggil sebagai pH tester. Sepertimana yang kita tahui, pH memainkan peranan yang sangat penting dalam bungkah-bungkah cendawan yang kita hasilkan, iaitu pH optimumnya adalah 6 ~ 8 untuk cendawan titam kelabu. Biasanya, kita menggunakan kapur pertanian ataupun nama saintifiknya kalsium karbonat dicampurkan bersama habuk kayu dan dedak supaya mendapatkan nilai pH yang dikehendaki, ada sesetengah pengusaha cendawan juga menggunakan super lime ( hydrated lime ) yang mempunyai nilai pH yang lebih tinggi sebagai pH buffer.

Sekiranya pH yang terlampau rendah ( < 6.4 ) selepas kukus, kemungkinan yang besar untuk jangkitan dari kulat hijau amat tinggi kerana kulat hijau ini amat suka berkoloni dalam keadaan yang berasid.



Ini adalah pH tester yang saya gunakan untuk mengukur nilai pH bungkah kami, sebelum kukus pH adalah antara 7.2 ~ 7.4.

Caranya senang sahaja, hanya masukkan probe tester ke dalam bungkah cendawan yang dihasilkan dan tunggu 2 minit sahaja untuk mendapatkan bacaan pH. ( skala merah menunjukkan pH berasid < 7.0 )

No comments: