Monday 29 December 2008

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Disember 2008

Kursus cendawan yang berjaya dilaksanakan semalam, iaitu 28hb Disember 2008 boleh dikatakan amat berjaya sekali, kerana ia dapat sambutan yang begitu baik dari semua bilang kaum, termasuk kali pertama dihadiri 2 peserta kaum perempuan India dari K.L dan Ampangan, N.S. Di samping itu juga terdiri daripada perserta datang dari jauh, iaitu Pulau Penang dan Johor Baharu.

Jumlah seramai 17 peserta telah menghadiri kursus kali ini, semoga mereka boleh menceburi bidang industri cendawan ini dan terus berjaya di tempat asal mereka masing-masing.








Pendapat daripada kami ialah, walaupun ramai yang telah menghadiri kursus, malangnya yang betul-betul buat adalah amat sikit, jadi, dengan keadaan ekonomi global yang makin teruk dan membimbangkan sekarang ini, kami harap mereka yang ingin meneruskan impian ini boleh merancang semula supaya boleh mendapatkan pendapatan sambilan agar dapat menentang krisis ekonomi, terutamanya golongan yang bergaji , mungkin nasib mereka akan mengalami VSS dan sebagainya.. serupa nasib kami dahulu ...


Pemberian teori kepada peserta-peserta di dalam bilik training oleh En Yazid.




1 comment:

Peter Wong said...

Best greeting from Mushroom Ambra Biotech Sdn Bhd