Thursday 22 May 2008

Akhirnya Bilik Training Dah Siap !!

Inilah rupa bentuk bilik training kami, kini dah siap dengan segala kelengkapan seperti white board, meja & kerusi , projector, air-cond dll ..... ruang bilik ini boleh menampung lebih kurang 30 orang.

Buat pertama kali, bilik ini akan digunakan untuk kursus cendawan kami pada 25/5/08 ( Ahad ) yang akan datang, setakat ini sudah ada 15 peserta berdaftar dengan kami untuk menyertai kursus cendawan kami pada bulan ini.

Sebenarnya bilik ini ada banyak kegunaannya, selain daripada kursus, ia juga boleh digunakan untuk seminar , mesyuarat dan sebagainya.

Bagi pihak RASE, kami juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menganjurkan kursus bersama atau pinjam kemudahan yang sedia ada ini, jika berminat sila hubungi kami.

No comments: