Selepas 2 minggu mengejar sini-sana, akhirnya seperti mana yang kami rancangkan, projek cendawan fasa III kami dah kira sudah siap " on time ", malahan ada sikit perubahan, dimana bilik yang asal untuk training sudah ditukar menjadi bilik suntik benih dan kami menambahkan lagi satu bilik yang lebih besar menjadikannya sebagai bilik training, itupun sudah 70% siap, dijangka kesemuanya akan complete sebelum 18/5/08 nanti supaya boleh sempat dipakai untuk kursus cendawan yang akan datang pada 25/5/08.
Rumah peraman bungkah cendawan sudah siap dan mula diisi dengan bungkah cendawan sejak 1/5/08, setakat ini dah ada 13K bungkah yang bersiap sedia untuk dipakai sendiri atau dijual jikalau ada permintaan.
Bilik suntik benih yang berlengkapan dengan air-cond dan tertutup adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman dari udara persekitaran. Mamak itu adalah tukang khas kami sejak awal permulaan projek cendawan kami lagi, senyuman yang ceria menandakan betapa puas hati dengan hasil pembinaan beliau. Di tepi situ pula susunan bungkah yang sedang menunggu untuk dikukus. Masalah ini timbul sebab bakul besi yang kami order masih tak dapat delivery on time.
Tempat proses bagging yang lebih lapang dan selesa, pekerja tengah buat kerja, kumpulan ini dapat menghasilkan 2000 pcs bungkah dalam masa 9 jam secara manual, believe or not ??
Ini adalah mesin bancuh substrate kami yang baru dibeli, memang dapat meningkatkan kapasiti membuat bungkah.
Sedikit sebanyak rupa bentuk bilik training kami yang baru, dah siap 70%, tinggal nak buat lantai mosac , cat dan kerja-kerja elektrikal seperti pasang air-cond, lampu, kipas dan projektor sahaja.
Monday, 12 May 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment