Tuesday 7 August 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Chini, Pahang.

Pada 4hb August' 2007, satu lagi trip penghantaran bungkah cendawan kami berjaya dijalankan, seperti biasa, trip ini diketuai oleh Abang Isamuddin dengan bantuan dari pekerja kami Adik Sam dan driver lori Abang Morgan. Kali ini, destinasi kami adalah ke Chini, Pahang; iaitu tempat projek penanaman cendawan oleh customer kami En Ramlan dan ayahnya, walaupun kami mengambil masa 3.5 jam baru tiba di destinasi tersebut, tetapi, dengan adanya semangat dan minat dalam bidang ini, sedikit pun tak rasa letih, malah ia merupakan satu peluang untuk kami saling belajar bersama dengan pengusaha yang lain.


Daripada tinjauan kami, En Ramlan mempunyai idea yang banyak semasa set-up projek beliau, contohnya seperti mengalaskan tiang-tiang para cendawan dengan menggunakan simen supaya tahan lama dan mencegah serangan anai-anai kerana lantai dalam bangsal cendawan tidak 100% simen.
Selain daripada itu, di bawah bumbung dalam bangsal cendawan pun sudah dipasang plate papan untuk mengelakkan suhu bilik yang panas dan bahang, satu tindakan yang bijak !
En Ramlan dan ayahnya sungguh innovative kerana menggunakan batang buluh sebagai bahan pengganti kayu 1"2" dalam pembinaan para-para bungkah cendawan, secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos pembinaan bangsal cendawan.

Secara keseluruhan, bangsal cendawan En Ramlan agak bagus, dan boleh berkapasiti lebih kurang 10 ribu bungkah cendawan, anggaran boleh mengeluarkan hasil 20 ~ 40 Kg sehari, dengan pasaran yang begitu baik sekali, dimana harga jualan boleh mencapai RM10.00 dijual secara tanpa buangkan akar-akar cendawan, saya rasa masa depan dan pulangan beliau nanti akan berbaloi dengan apa yang beliau lakukan sekarang, cuma satu komen dari kami ialah dalam bangsal itu terang sikit , mungkin boleh improve dengan menggunakan netting 90%.
Syabas dan terus maju jaya.

No comments: