Monday 21 April 2008

Projek Cendawan RASE Fasa-3

Sepertimana yang kami rancangkan, RASE bersyukur agar projek kami telah melangkah FASA ke-3 bermula pada 20hb April 2008, iaitu :-

1.) Pertambahan satu rumah peraman bongkah cendawan berukuran saiz 20 X 40 kaki.
2.) Satu " Training Room " saiz 12 X 18 kaki khas untuk kursus cendawan yang lebih sistematik dan selesa.
3.) Memperluasan yard penyimpanan habuk kayu getah.
4.) Pemindahan yard pemprosesan bongkah cendawan.
5.) Penambahan 500 pcs bakul besi untuk menyimpan bongkah cendawan yang telah diproses.
6.) Penyusunan semula pintu masuk ke tapak projek cendawan kami.

Dijangka kami perlu mengambil masa lebih kurang 15 hari untuk menyiapkan projek ini.

Tapak untuk binaan rumah peraman bongkah cendawan telah diratakan.
Lokasi yang akan diubahsuai untuk menjadikan " Training Room " yang lebih selesa, berlengkapan dengan white board, air-cond, meja & kerusi, projector dan sebagainya.
Yard penyimpanan habuk kayu yang akan diperluaskan lagi sehingga boleh stok 4 lori habuk kayu.
Tempat baru untuk memproses bongkah cendawan
Pengubahsuaian semula pintu masuk ke tapak RASE, sistem pengaliran air yang baik amat diperlukan

No comments: