Friday 20 August 2010

Klinik Cendawan : Room Cleaning Agent ( RCA ), 菌室净化剂


Salam sejahtera semua...
Sudah agak lama saya tidak update blog ini.., bukannya sebab apa, sebenarnya saya sibuk dengan mencari cara-cara mengatasi penyakit cendawan yang melanda/menyerang pengusaha-pengusaha cendawan di seluruh Malaysia, seperti penyakit kulat hijau, kulat orange , cendawan kuning, serangan serangga hama, ladybird , kutu cendawan, ulat cendawan ... dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai pengusaha cendawan menghadapi masalah ini dan mengalami kerugian dan impact yang besar, ramai yang sudah " gulung tikar " kerana tidak dapat mengawal masalah selepas berkali-kali cuba dengan menggunakan bahan pembasmian kuman yang biasa seperti : dettol.. clorox...spirit..dan malaxion dll... tetapi tidak berkesan langsung, akhirnya mereka " give up " dan " tutup kilang ".

Sejauhmana yang tahu, di Malayisa sekarang ini ramai yang berpengetahuan untuk menanam cendawan, malahnya tiada pengetahuan yang lebih mendalam untuk mengawal/mengatasi penyakit cendawan dengan bantuan dari penggunaan bahan/ubat yang lebih berkesan berbanding dengan pengusaha-2 di Negeri China yang merupakan pengeluar terbesar cendawan di seluruh dunia yang mempunyai pengalaman melebihi 50 tahun berbanding dengan Malaysia, kita masih lagi di peringkat awal, dan banyak perkara perlu kita mempelajari daripada pakar-pakar di situ.

Oleh kerana itu, banyak masa telah digunakan untuk kajian penyakit tersebut, dan akhirnya saya bertemu dengan seorang pakar cendawan di China, iaitu Mr Hang dari Institute Of Edible Fungus, Jiangsu Province, China, banyak perkara telah berbincang dengan beliau dan banyak juga bimbingan telah diberi oleh beliau kepada saya, antaranya cara-cara mengawasi clean room ( bilik suntik khasnya ), cara mengawal serangan penyakit kulat, hama dll.

Beliau juga turut memperkenalkan bahan-2 yang boleh digunakan untuk mencegah dan membasmi penyakit....kesemua ubat/penawar yang diperkenalkan itu sudah lama digunakan di China dan memang diperakui tiada toksik yang merbahayakan. Dengan bantuan beliau, kini Klinik Cendawan akan dilancarkan tak lama lagi... supaya pihak kami dapat membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah.. dan sama-sama kita membangunkan industri penanaman cendawan ini.

Hari ini, saya mengambil kesempatan ini memperkenalkan satu bahan pembasmian kuman di sini, terutamanya di bilik suntik benih yang paling kritikal dan bangsal cendawan iaitu :-

Room Cleaning Agent ( RCA )

Produk ini adalah sejenis asap/aerosol baru diperkenalkan, sifat-2nya adalah low toxic dan berkesan untuk membunuh bakteria, serangga , dan boleh mencegah tikus di dalam bilik suntik dan bangsal cendawan, asap yang keluar amat berkesan sehingga boleh memcapai di seluruh penjuru dalam bilik suntik/bangsal cendawan supaya memberi fungsi pembersihan sepenuhnya dalam bilik untuk mencegah/membasmi kebanyakan bakteria / kuman yang mungkin hidup di dalam situ. selain daripada itu, ia berfungsi untuk membunuh serangga-2 seperti hama , kutu, lalat cendawan dll.

Cara penggunaan : setiap bungkus mengandungi 50 gm, boleh membasmi kuman dalam coverage 100 ~ 150 M2, penggunaan bergantung kepada size bilik suntik / rumah cendawan, biasanya 5 ~ 7 hari bakar dan buat asap sekali, caranya adalah terus menyala bungkusan tersebut dengan mancis/api, selepas asap keluar, tutup bilik selama 3~4 jam, dan dinasihatkan dibakar 5 Jam awal sebelum semburan air di dalam bilik suntik/bangsal cendawan.

Harga : RM5.00/50gm /bungkus , RM480/kotak , 1 kotak = 100 bungkus , tidak termasuk kos penghantaran.

Sesiapa yang berminat, sila hugungi saya : 019-6536313 ( Mr GO ) untuk maklumat lanjut,

dan banyak lagi produk / ubat cendawan yang bersesuaian digunakan akan saya memperkenalkan satu demi satu dalam topik " Klinik Cendawan "

Sekian, terima kasih



No comments: