Pada dua hari yang lepas, kami amat rasa gembira dan bangga kerana dapat kunjungan dari pakar cendawan Pn Normah bersama owner Mayang Agrotech ( Kuching ) yang kian terkenal di Sarawak.
Tujuan kedatangan mereka adalah saling berkenalan dengan kami, disamping itu berkongsi pendapat berkenaan industri cendawan di Seremban dan Sarawak. Kami turut mengambil peluang keemasan ini menggorek ilmu dari Pn Normah yang begitu mesra dan tidak kedekut ilmunya. Antaranya soalan-soalan mengenai masalah penyakit seperti isue kulat hijau, cara membasmikan kuman yang berkesan, pengkukusan yang berkesan dan sebagainya. Selain daripada itu berkongsi idea tentang masa depan pasaran cendawan, terutamanya produk hiliran seperti cendawan frozen, Pn Normah menyshorkan bahawa kami pergi menyertai " Open Day " yang dianjurkan oleh CIMA di Kuala Selangor pada 21/Julai/08 untuk mendapatkan informasi yang detail tentang pemprosesan cendawan frozen ini.
Suami isteri Florence ( Mayang Agrotech ) , Pn Normah yang mesra
Florence dengan Pn Normah yang sentiasa berbincang tentang Cendawan sahaja.........
Pn Normah juga memberi nasihat bahawa mereka yang ada mengaturkan kursus cendawan seperti kami seharusnya memberi penerangan yang lanjut tentang khasiat cendawan kepada peserta kursus kerana secara tidak langsung mesej faedah pemakanan cendawan akan tersebar ke kalangan orang ramai dan ia akan membantu kita dalam pemasaran / market cendawan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Florence yang membawa Pn Normah ke sini, dan terima kasih juga kepada Pn Normah yang sudi datang ke sini.
Monday, 23 June 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment