Tuesday 10 June 2008

Topik Cendawan Vs Jatropha Curcas

Pengumuman kenaikan harga minyak petrol & diesel sebanyak 40% baru-baru ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada pengusaha-pengusaha cendawan seperti kami sebab dengan ini, secara tidak langsung kos barangan mentah juga akan dinaikkan sebanyak 30% ~ 40% , barangan tersebut adalah plastik bagging, dedak padi, benih cendawan dan sebagainya, jikalau harga gas turut dinaikkan lagi, kami betul-betul tak berani nak fikirkan samada harga cendawan sekarang yang kita jual boleh " cover " kos pengeluaran atau tidak ? berapa ramai pengusaha yang tidak mampu bersaing mungkin tidak dapat bertahan dan akan menamatkan projek mereka. Maka kami menysorkan kepada semua pengusaha cendawan agar harga cendawan dinaikkan semata-mata untuk seimbangkan kenaikan kos pengeluaran.


Untuk mencari alternatif lain yang boleh menggantikan minyak petrol atau diesel, sepertimana yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia dan negara-negara lain, Jatropha curcas adalah paling sesuai, iaitu biji benih nya yang mempunyai kandungan minyak hampir 35% boleh diproses menjadi minyak bio-diesel.

RASE juga tutrut menyertai langkah tersebut dan mulai menyemai anak benih pokok Jatropha curcas sekarang, dan kini telah berjaya mempunyai kira-kira 500 pokok anak benih pokok tersebut, jumlahnya semakin bertambah. Maka untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan pokok anak benih ini boleh menghubungi saya 019-6536313.

No comments: