Monday, 2 March 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Feb' 2009

Kursus Cendawan pada 22hb Feb 2009 telah selamat dianjurkan, walaupun kita tak pernah buat iklan di mana-mana suratkhabar pun, tetapi tiap-tiap kali masih dapat sambutan yang baik dari ramai orang, tak kiralah samada dari Alor Star ataupun Johoe Baharu dan lain-lain lagi...... Di sini, RASE ingin mengucapkan ribuan terima kasih para semua peserta yang pernah menghadiri kursus kami, semoga mereka semua boleh berjaya dalam industri ini yang begitu menarik.

Ini adalah cendawan hasil kami yang digunakan semasa kursus dijalankan, tujuannya ialah untuk demo bagaimana cendawan dipetik, bungkah cendawan dicuci, tutup semula dan seterusnya bagaimana cendawan dibungkus supaya tahan lama.
Peserta-peserta bertumpu perhatian semasa sesi praktikal buat bag cendawan yang ditunjukkan oleh En Yazid.

Sesi penyampaian sijil kehadiran kepada perserta-peserta. Mr Tan dari Alor Star.


Pameran bahan-bahan mentah, peralatan, bag media dan cendawan disediakan



Last sekali , sesi penggambaran beramai-ramai bersama peserta yang menghadiri kursus ini.




No comments: