Tuesday, 27 November 2007

Tahniah ! Peserta Bengkel Cendawan Ke-2

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta-peserta bengkel ke-2 ( intensif ) pada 25hb November 2007 anjuran bersama RASE dan MZR Nilai, semoga kamu semua akan berjaya.

Ribuan terima kasih kerana ada yang sudi datang dari jauh, seperti dari Kulai, Muar , Klang ...dll
Tunjuk ajar secara praktikal dari En Yazid bagaimana membuat bancuhan medium ( habuk , dedak padi , kapur pertanian dan air )

Penghantaran Bungkah Cendawan, Jaminan Kami !!

Sebagai pengusaha cendawan dan pembekal bungkah cendawan, RASE sentiasa bersedia untuk menerima tempahan dari semua pihak dan tempat, bahpun dari Pahang, Kelantan dan Trengganu .... dll kecuali dari Sabah dan Sarawak., Perkhidmatan kami adalah terjamin, dimana kami menguruskan transportation, loading & unloading bungkah menggunakan bakul besi , serta kami menolong sekalipun sampai akhir, iaitu menyusun bungkah-bungkah yang dibeli oleh customer tanpa sebarang bayaran buruh dari pekerja kami. Selain daripada itu, setiap kali tempahan kita menyediakan buffer / extra bungkah sebagai F.O.C untuk customer. Kesemua ini adalah jaminan dari RASE.


Loading ke atas lori
Pengangkutan dari rumah eraman bungkah cendawan selepas disuntik benih.
Penyusunan bungkah ke atas para di tempat customer.

Penanaman Cendawan Dalam Rumah Kedai

Memandangkan pasaran cendawan adalah bertambah baik dan berpotensi untuk terus dimajukan, ramai pengusaha-pengusaha telah menjana idea-idea yang kreaktif, salah satunya ialah menggunakan lot kedai yang sedia ada sebagai tapak penanaman cendawan, di samping boleh menjimatkan kos pembinaan bangsal cendawan, ia juga boleh mengelakkan kedai tersebut dibiar kosong. Kebanyakan cara penanaman sebegini boleh diuruskan secara " part time " kerana kerja-kerja untuk penuaian hasil cendawan amat senang.


Rakan kami, Abang Ramlee dari Seremban adalah salah seorang pengusaha cendawan yang melaksanakan cara ini secara " part time " .

Rumah kedai yang berukuran 22 x 80 kaki boleh direka sebegini, dan muatannya boleh mencapai 20 ribu bungkah sekiranya para-para disusun dengan teratur.

Depan kedai dipasang grill serta net hitam supaya ada pengaliran udara yang mencukupi, pintu lalui juga perlu disediakan.


Pekerja dari RASE sedang menyusun bungkah cendawan ke atas para, ini adalah jaminan perkhidmatan dari kami.



Tapak Penanaman Cendawan di " Car Porch "

Satu lagi percubaan yang bijak oleh Pn Aini dengan ayahnya yang berada di Nilai baru-baru ini, mereka telah membeli 1000 bungkah cendawan daripada RASE dan rupanya tapak penanaman cendawan mereka adalah di tempat " Car Porch " rumah mereka yang begitu lapang, daripada angaran kami, muatan yang boleh diisi adalah sebanyak 5000 bungkah jika semua rak dipenuhkan. Kata beliau ( Pn Aini ), dia memang berminat dalam bidang cendawan ini dan dengan percubaan kali ini, dia berhasrat boleh memperolehi pendapatan samping dengan menjualkan hasil cendawan kepada jiran-jiran dan kawan sejabatnya.

Ayah kepada Pn Aini yang begitu semangat.


Bungkah cendawan yang telah disusun atas para.


Masih ada banyak ruang kosong lagi atas para. Net hitam di gantung di bahagian atas rak untuk menggurangkan bahang matahari sebab bumbung car porch ini agak rendah.

Friday, 23 November 2007

Penanaman Cendawan Dalam Rumah Banglo

Nothing is impossible !!

Pada 21hb November 2007, satu trip lagi penghantaran bungkah cendawan kami kepada En Zaini yang beralamat di Batu Caves. Sebanyak 2500 unit telah dicubai oleh beliau sebagai langkah pertama menceburi industri cendawan yang kian diminati ramai.

Amat memperlanjatkan kami, En Zaini telah menggunakan rumah banglo sebagai rumah cendawan, ini membuktikan kepada semua orang , penanaman cendawan ini adalah tiada batasan ataupun terhad kepada rekabentuk rumah cendawan , yang pentingnya kawalan asas seperti suhu bilik dan kelembapan sentiasa dijaga dengan baik.

Selain daripada itu, minat dan initiative beliau agak kami " respect " , semoga tindakan dia dapat dicontohi oleh peminat-peminat yang lain, bukan sahaja menggunakan kawasan lapang dalam rumah, rumah tak pakai , bahpun dalam rumah kedai kosong pun boleh memulakan projek penanaman cendawan supaya boleh menjana pendapatan sampingan.


Pandangan luar Rumah Banglo
Bungkah Cendawan telah disusun atas para / rak
Menggunakan bilik sebagai tempat penanaman cendawan


Wednesday, 21 November 2007

Macam-macam Cendawan

Saya memang suka lihat cendawan-cendawan yang hidup tumbuh sendiri ,







Macam-macam Cendawan

Saya memang suka lihat cendawan-cendawan yang hidup tumbuh liar sendiri , kadang-kala ia sungguh cantik, malah saya tak tahu nama sebenar cendawan tersebut, maka saya pun sendiri mencipta nama untuk mereka , contohnya........ cendawan tikus putih ..... cendawan " emas " atau cendawan buah par dan sebagainya ??!! sesiapa yang mempunyai idea lain, bolehlah berkongsi pendapat di sini ?


Cendawan Tikus Putih


Cendawan "Emas"

Projek Pembinaan Bangsal Cendawan Di Pusat Pertanian Labu, N.S

RASE sungguh bertuah kerana diberi amanah oleh Jabatan Pertanian Seremban membinakan sebuah rumah bangsal di Pusat Pertanian di Labu, N.S. pada bulan lepas. Keluasan bangsal yang kami rangkakan adalah bersaiz 20 x 40 kaki dengan berkapasiti muatan bungkah cendawan sebanyak 20 ~ 30 ribu bungkah.



Bumbung jenis aluminium digunakan supaya lebih tahan dan boleh mengurangkan suhu bilik dalam bangsal.

Para-para adalah menggunakan kayu berukuran 1" x 2" dan tiang pada rak adalah 2" x 3". Keseluruhan kawasan bangsal adalah berlantai semen


Sekeliling bangsal adalah disalutkan net hitam 70 % , pintu laluan juga disediakan.


Di sebelah bangsal baru adalah bangsal lama yang berstruktur traditional menggunakan atap daun nepal.


Papan tanda Pusat Pertanian Labu di Negeri Sembilan.

Bengkel Cendawan Pada 25hb Nov' 2007

Monday, November 19, 2007 from MZR Nilai

PETA LOKASI BENGKEL CENDAWAN 25/11/07



Makluman kepada peserta bengkel yang mendaftar dan telah membuat bayaran selepas 20/11/07., resit,nota,jadual & vcd akan diserahkan pada 25/11/07 di atas sebab kelewatan proses pengeposan.
Di harap peserta yang telah mendaftar membuat salinan (copy) peta di atas untuk kemudahan rujukan anda.Harap maklum.

Juga makluman kepada sesiapa yang berminat menghadiri bengkel ini dikehendaki mendaftar dahulu sebelum tarikh akhir kerana pihak kami tidak akan menerima peserta 'walk in' @ datang mendaftar di saat akhir.Peserta hanya diterima kepada yang mendaftar secara SMS sahaja.
Terima kasih.

Posted by MZR NILAI ENTERPRISE. at 4:04 PM 0 comments


Thursday, November 8, 2007 from MZR Nilai

Sekitar Bengkel Sehari 30/09/2007.....






Tahniah kepada semua peserta yang dapat menghadiri bengkel ini walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga di bulan puasa yang lalu.Diharap peserta yang hadir pada bengkel ini agar meneruskan impian untuk menjadi usahawan tani yang berjaya...insyaallah....

Posted by MZR NILAI ENTERPRISE. at 11:22 PM 0 comments
Tuesday, August 14, 2007

BENGKEL SEHARI BERSAMA CENDAWAN....


PengenalanBengkel sehari ini dianjurkan buat kali ke-2 khusus untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari teknik menghasilkan Cendawan Tiram Kelabu secara kecilan ataupun komersil.
Peserta akan diberi taklimat secara teori & praktikal serta tips-tips penting di tapak ladang yang sedang diusahakan.Peserta juga akan dibekalkan kit permulaan untuk mencuba sendiri di rumah, sijil,nota dan vcd untuk rujukan di kemudian hari.(Makan tengahari juga disediakan)
Tarikh : 25 November 2007 (Ahad)

Tempat : RASE, Rantau, Negeri Sembilan.

Bayaran : RM 150.00 sahaja.Penyertaan hanya terhad 20 orang sahaja untuk satu lawatan.
Tawaran Terhad kepada penyertaan yang didaftar dahulu. Sila SMS : 016 - 2367 888