Tuesday 30 December 2008

发财灵芝成年花新宠

Contact : Mr Go ( 019-6536313 )




Monday 29 December 2008

Siapa Yang Menerima Sijil Kursus Cendawan Di RASE

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Disember 2008

Kursus cendawan yang berjaya dilaksanakan semalam, iaitu 28hb Disember 2008 boleh dikatakan amat berjaya sekali, kerana ia dapat sambutan yang begitu baik dari semua bilang kaum, termasuk kali pertama dihadiri 2 peserta kaum perempuan India dari K.L dan Ampangan, N.S. Di samping itu juga terdiri daripada perserta datang dari jauh, iaitu Pulau Penang dan Johor Baharu.

Jumlah seramai 17 peserta telah menghadiri kursus kali ini, semoga mereka boleh menceburi bidang industri cendawan ini dan terus berjaya di tempat asal mereka masing-masing.








Pendapat daripada kami ialah, walaupun ramai yang telah menghadiri kursus, malangnya yang betul-betul buat adalah amat sikit, jadi, dengan keadaan ekonomi global yang makin teruk dan membimbangkan sekarang ini, kami harap mereka yang ingin meneruskan impian ini boleh merancang semula supaya boleh mendapatkan pendapatan sambilan agar dapat menentang krisis ekonomi, terutamanya golongan yang bergaji , mungkin nasib mereka akan mengalami VSS dan sebagainya.. serupa nasib kami dahulu ...


Pemberian teori kepada peserta-peserta di dalam bilik training oleh En Yazid.




Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Pahang, Melaka Dan K.L pada Bulan December 2008

Bulan ini sebanyak 3 trip kami menghantar bungkah cendawan kami, iaitu :-

1.) En Musbah di Pahang : 3500 pcs

2.) En Yazid di Melaka : 3000 pcs

3.) En Shamsuri di Sg Buluh : 3000 pcs

Gambar-gambar di bawah merupakan pandangan di tapak mereka masing-masing , termasuk pekerja sedang menyusun bungkah ke atas rak.


Bersembang-sembang En Isamuddin bersama En Shamsuri di tapaknya dekat Sg. Buluh.
Pekerja kami June menolong menyusun bungkah ke atas rak.

Nampaknya bumbung pakai atap


Ini siapa ??? saya tak kenal , mungkin saudara En Yazid di Melaka ??

Steamer / Mesin Kukus new design..



Gambar ini adalah mesin kukus / steamer baru design daripada kawan saya, muatannya adalah 1200 bungkah sekali kukus, keistimewaanya adalah bahagian atas itu berbentuk lengkung dimana ia dapat memperbaiki arus gerakan wap semasa kukus, di samping itu tangki air yang tidak begitu besar boleh mempercepatkan air mendidih semasa dimasak. Mesin Kukus ini juga menyediakan tempat untuk memasangkan thermocouple ( alat pengukur suhu ), dan dilengkapkan dengan water lavel indicator. Maka, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Mr Go : 019-6536313 , harganya pun tak mahal, lebih kurang RM4xxx sahaja.

Cendawan Yang Cantik Keluar Di Rumah

Sungguh cantik cendawan ini !! , paling best ia tumbuh secara semulajadi di salah satu pasu bunga yang saya tanam di rumah saya.... ada siapa-siapa tahu tak apakah jenis cendawan ini ??




Hasil Cendawan Dari Penggunaan Life Light

Ini adalah hasil cendawan kami selepas penggunaan Life Light, didapati cendawan yang keluar lebih cantik dan tebal, secara tidak langsung produktiviti bertambah baik. Feedback dari customer kita mengatakan cendawan sekarang lebih tahan lama dan berbau wangi, serta rasanya lebih sedap dan kenyal apabila dimakan. Dari segi apperance, cendawan tiram kelabu keluar lebih gelap warnanya.

Didapati juga, peratusan kerosakan bungkah juga turut menurun, ini mungkin disebabkan oleh pH air yang kita gunakan selepas direndam serbuk Life Light adalah lebih tinggi dan stabil ( pH : 9 ~ 10 ) berbanding dengan air pipe yang kami gunakan terus dahulu ( pH : 6.8 ~ 7.0 ).


Cendawan yang tebal keluar kali pertama.

pH tester Untuk Bungkah Cendawan

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tak update blog ini, kali ini saya ingin memperkenalkan satu alat dipanggil sebagai pH tester. Sepertimana yang kita tahui, pH memainkan peranan yang sangat penting dalam bungkah-bungkah cendawan yang kita hasilkan, iaitu pH optimumnya adalah 6 ~ 8 untuk cendawan titam kelabu. Biasanya, kita menggunakan kapur pertanian ataupun nama saintifiknya kalsium karbonat dicampurkan bersama habuk kayu dan dedak supaya mendapatkan nilai pH yang dikehendaki, ada sesetengah pengusaha cendawan juga menggunakan super lime ( hydrated lime ) yang mempunyai nilai pH yang lebih tinggi sebagai pH buffer.

Sekiranya pH yang terlampau rendah ( < 6.4 ) selepas kukus, kemungkinan yang besar untuk jangkitan dari kulat hijau amat tinggi kerana kulat hijau ini amat suka berkoloni dalam keadaan yang berasid.



Ini adalah pH tester yang saya gunakan untuk mengukur nilai pH bungkah kami, sebelum kukus pH adalah antara 7.2 ~ 7.4.

Caranya senang sahaja, hanya masukkan probe tester ke dalam bungkah cendawan yang dihasilkan dan tunggu 2 minit sahaja untuk mendapatkan bacaan pH. ( skala merah menunjukkan pH berasid < 7.0 )

Monday 1 December 2008

Ringkasan Kursus Cendawan Bulan Nov' 2008

Minata maaf dulu sebab kursus cendawan pada 23 hb November 2008 sampai sekarang baru nak upload, pasal miss place camera saya....

Seperti biasanya, kali ini seramai 11 orang peserta telahpun berjaya menghadiri kursus kali ini, kebanyakan mereka datang samada berhubungan suami-isteri, bapa dan anak ataupun kawan-kawan. Mereka juga terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dalam sesi hari itu, para peserta-peserta juga dapat mempelajari cara-cara penanaman cendawan dijalankan dari peringkat A ke Z , umpamanya cara-cara membuat bungkah cendawan sendiri.

Daripada komen-komen peserta, hasil yang mereka memperolehi adalah memuaskan dan secara tidak langsung telah meningkatkan semangat dan keyakinan mereka untuk meceburi bidang ini.