Tuesday 25 March 2008

Check out my Slide Show!

Monday 24 March 2008

All For Mushroom : Up-date On our Products

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Rembau Dan Kuala Pilah

Minggu ini merupakan minggu yang amat penat dan letih sekali kerana berlakunya kekurangan manpower, walaubagaimanapun, kerja-kerja masih boleh dijalankan dengan lancar, termasuk penghantaran bongkah cendawan yang dibeli oleh customer dari Rembau dan Kuala Pilah.

Pada 20/3/08 dan 21/3/08, berturut-turut kami berjaya menghantarkan sebanyak 4000 pcs bongkah kepada Hj Abdullah yang menjalankan projeknya di Rembau , dan pada 23/3/08 pula kami berjaya menghantar sebanyak 1500 pcs bongkah kepada En Rizal yang berada di kuala Pilah.


Bongkah-bongkah cendawan dalam lori bersiap sedia untuk dihantar ke Rembau

Rupa bentuk dalaman rumah cendawan En Rizal Kuala Pilah

Susunan bongkah cendawan di atas rak di tapak rumah cendawan En Rizal

Lawatan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Ke RASE

Pada 10 hb Mar 2008, satu lawatan yang rasmi ke RASE oleh Pengarah baru Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Tuan Hj Zabidi bersama pegawai kanan En. Abdullah dan pembantunya En Farid telah diadakan, kami berasa sungguh bangga sekali , dan banyak nasihat yang positif turut diberi oleh Tuan Hj mengenai industri penanaman cendawan. Kami sudi menerima apa saja cadangan daripada beliau termasuk idea-idea mempergunakan semula habuk kayu dalam bongkah yang diluputkan ( dibuang ) dalam penghasilan baja kompos cacing tanah dan sebagainya supaya boleh memperolehi pendapatan sampingan.

Sesi fotografi bersama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Tuan Hj Zabidi ( berdiri di sebelah kanan sekali )

Tuan Hj Zabidi memberi komen beliau dalam bangsal cendawan kami.