Monday 23 June 2008

Bersama Pakar Cendawan Pn Normah Di RASE

Pada dua hari yang lepas, kami amat rasa gembira dan bangga kerana dapat kunjungan dari pakar cendawan Pn Normah bersama owner Mayang Agrotech ( Kuching ) yang kian terkenal di Sarawak.

Tujuan kedatangan mereka adalah saling berkenalan dengan kami, disamping itu berkongsi pendapat berkenaan industri cendawan di Seremban dan Sarawak. Kami turut mengambil peluang keemasan ini menggorek ilmu dari Pn Normah yang begitu mesra dan tidak kedekut ilmunya. Antaranya soalan-soalan mengenai masalah penyakit seperti isue kulat hijau, cara membasmikan kuman yang berkesan, pengkukusan yang berkesan dan sebagainya. Selain daripada itu berkongsi idea tentang masa depan pasaran cendawan, terutamanya produk hiliran seperti cendawan frozen, Pn Normah menyshorkan bahawa kami pergi menyertai " Open Day " yang dianjurkan oleh CIMA di Kuala Selangor pada 21/Julai/08 untuk mendapatkan informasi yang detail tentang pemprosesan cendawan frozen ini.


Suami isteri Florence ( Mayang Agrotech ) , Pn Normah yang mesra
Florence dengan Pn Normah yang sentiasa berbincang tentang Cendawan sahaja.........

Pn Normah juga memberi nasihat bahawa mereka yang ada mengaturkan kursus cendawan seperti kami seharusnya memberi penerangan yang lanjut tentang khasiat cendawan kepada peserta kursus kerana secara tidak langsung mesej faedah pemakanan cendawan akan tersebar ke kalangan orang ramai dan ia akan membantu kita dalam pemasaran / market cendawan.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Florence yang membawa Pn Normah ke sini, dan terima kasih juga kepada Pn Normah yang sudi datang ke sini.

Friday 20 June 2008

Peserta Kursus Cendawan Yang Ingin Berjaya !

Lori yang disewa oleh Ms Tam datang ke RASE untuk bersedia mengambil bungkah dari Kami.
Bantuan dari pekerja menaikkan barangan yang di order.
Ada yang sibuk transfer bungkah yang ready made and ready for sale dari rumah pemeraman.
Selepas menyertai kursus cendawan, kami dapati ramai peserta sudah tak sabar-sabar hendak memulakan projek mereka masing-masing , contohnya mereka akan mencari tapak projek dahulu, diikuti kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan rumah cendawan ataupun membuat rak / para dalam ruang-ruang tertentu seperti dalam rumah kedai dan sebagainya.

Kali ini kami ingin memperkenalkan dua orang peserta yang ingin berjaya dalam bidang cendawan ini, iaitu Ms Irene Tam dan Ms Chan dari Rasah , Seremban. Mereka telah order 1000 bungkah cendawan daripada kami sebagai " Pilot " projek mereka.

Ini adalah rupa Ms Irene Tam dan Ms Chan yang begitu serious ketika menghadiri kursus yang lalu.


Road Map To RASE


Up-date sedikit berkenaan peta dan lokasi ke RASE sempena Kursus Penanaman Cendawan yang akan diadakan pada 22/06/2008.

Friday 13 June 2008

Signboard RASE Mushroom

Rantau Agrotech Supply Enterprise ( RASE ) has been established for 1 year in Rantau, Negeri Sembilan, we are sincerely thanks to all the peoples who are always support us in the mushroom plantation. Today, we have moved into a new challenge and proudly to annource that our signboard is ready to stand-up in front of our mushroom farm main entrance.

This strategic location is chosen by our workers, of couse the work to build-up the signboard also done by them.
What is your comment about our signboard ? Is it looks nice ?

Tuesday 10 June 2008

Topik Cendawan Vs Jatropha Curcas

Pengumuman kenaikan harga minyak petrol & diesel sebanyak 40% baru-baru ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada pengusaha-pengusaha cendawan seperti kami sebab dengan ini, secara tidak langsung kos barangan mentah juga akan dinaikkan sebanyak 30% ~ 40% , barangan tersebut adalah plastik bagging, dedak padi, benih cendawan dan sebagainya, jikalau harga gas turut dinaikkan lagi, kami betul-betul tak berani nak fikirkan samada harga cendawan sekarang yang kita jual boleh " cover " kos pengeluaran atau tidak ? berapa ramai pengusaha yang tidak mampu bersaing mungkin tidak dapat bertahan dan akan menamatkan projek mereka. Maka kami menysorkan kepada semua pengusaha cendawan agar harga cendawan dinaikkan semata-mata untuk seimbangkan kenaikan kos pengeluaran.


Untuk mencari alternatif lain yang boleh menggantikan minyak petrol atau diesel, sepertimana yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia dan negara-negara lain, Jatropha curcas adalah paling sesuai, iaitu biji benih nya yang mempunyai kandungan minyak hampir 35% boleh diproses menjadi minyak bio-diesel.

RASE juga tutrut menyertai langkah tersebut dan mulai menyemai anak benih pokok Jatropha curcas sekarang, dan kini telah berjaya mempunyai kira-kira 500 pokok anak benih pokok tersebut, jumlahnya semakin bertambah. Maka untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan pokok anak benih ini boleh menghubungi saya 019-6536313.

Signboard From Jabatan Pertanian N.S : Projek Cendawan

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pegawai Jabatan Pertanian Seremban En. Abdullah yang banyak membantu dan menyokong projek cendawan kami sejak awal permulaan projek cendawan kami di Rantau, N.S. Dan signboard dari Jabatan Pertanian ini menandakan bahawa pihak Jabatan Pertanian amat mengambil berat dan prihatin tentang perkembangan kami dari masa ke semasa.




En Hafis ( adik ipar kepada Isamuddin ) sedang membantu mendirikan signboard tersebut pada pagi tadi.