Monday 29 June 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Jun' 2009

Salam sejahtera, di sini RASE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus pada 21hb Jun 2009, seramai 9 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini boleh dikatakan penuh dengan semangat dan minat ingin menceburi bidang industri penanaman cendawan ini, antaranya ada yang datang dari K.L, Melaka , bahpun Skudai, Johor. Malah, sayang sekali saya sendiri tak dapat hadir kali ini kerana ada hal-hal personel, walaubagaimanapun ia tidak menjejaskan programe kali ini kerana RASE mempunyai satu team member yang sentiasa berganding bahu tak kira apa masalah pun, kali ini , Mr LF Goh , En Hafis dan En Yazid yang memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta yang hadir.


Peserta sedang belajar buat bag media secara manual.
Sesi teori dilangsungkan di dalam bilik training.

Gambar beramai-ramai sebelum bersurai .... kenangan " forever ".


Peserta wanita yang bersemangat dan aktif......
Akhirnya, semoga semua yang telah mengikuti kursus cendawan ini boleh berjaya pada masa depan..