Thursday 24 April 2008

Lawatan Mesra Dari Pegawai LHDN ke RASE Mushroom

Projek Cendawan Fasa-3 : Simen

Hari ini dah tiba masanya kami tabur simen di tapak projek baru, memang susah kerana hujan turun semasa menabur simen dari lori tank.


Sebanyak 3 lori simen kami gunakan untuk tapak rumah peraman , tapak baru process bag cendawan dan yard habuk kayu getah.

Pekerja-pekerja sedang mengangkut simen ke tempat yang nak diratakan.
Kerja-kerja meratakan simen dibuat sendiri dan tukang bina rumah.
Bila sudah penat, rehatlah sekejap !!

Monday 21 April 2008

Projek Cendawan RASE Fasa-3

Sepertimana yang kami rancangkan, RASE bersyukur agar projek kami telah melangkah FASA ke-3 bermula pada 20hb April 2008, iaitu :-

1.) Pertambahan satu rumah peraman bongkah cendawan berukuran saiz 20 X 40 kaki.
2.) Satu " Training Room " saiz 12 X 18 kaki khas untuk kursus cendawan yang lebih sistematik dan selesa.
3.) Memperluasan yard penyimpanan habuk kayu getah.
4.) Pemindahan yard pemprosesan bongkah cendawan.
5.) Penambahan 500 pcs bakul besi untuk menyimpan bongkah cendawan yang telah diproses.
6.) Penyusunan semula pintu masuk ke tapak projek cendawan kami.

Dijangka kami perlu mengambil masa lebih kurang 15 hari untuk menyiapkan projek ini.

Tapak untuk binaan rumah peraman bongkah cendawan telah diratakan.
Lokasi yang akan diubahsuai untuk menjadikan " Training Room " yang lebih selesa, berlengkapan dengan white board, air-cond, meja & kerusi, projector dan sebagainya.
Yard penyimpanan habuk kayu yang akan diperluaskan lagi sehingga boleh stok 4 lori habuk kayu.
Tempat baru untuk memproses bongkah cendawan
Pengubahsuaian semula pintu masuk ke tapak RASE, sistem pengaliran air yang baik amat diperlukan

Tuesday 8 April 2008

Memory Dari Kursus Cendawan Kali Ke-6

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Gemencheh , N.S

Pada 4hb April 2008 ( Jumaat ), sebanyak 3000 bongkah cendawan buatan RASE telah dihantar ke Gemencheh, N.S. Bongkah-bongkah tersebut adalah dibeli oleh En Khairul.

Kali ini merupakan satu pengalaman yang baik kerana bongkah ini dibawa oleh En Isamuddin sendiri dengan lori 3 ton yang baru dibeli oleh nya.

Sebenarnya, En Khairul adalah customer kedua bagi kami yang "membela" cendawan dalam rumah kedai


Pekerja-pekerja kami tengah sibuk menyususn bongkah ke atas para yang bersiap-sedia ada.

Ini adalah rupa bentuk rak cendawan dalam rumah kedai.