Tuesday 12 October 2010

Rawatan Kulat Hijau Dengan menggunakan AKH


Cara Rawatan :

Campurkan serbuk Anti kulat Hijau ( AKH ) dalam 10 Litre air biasa, gaulkan sehingga semua serbuk AKH larut di dalam air, kemudian buat semburan di bahagian yang dijangkit kulat hijau dan biarkan selama 5 ~ 7 hari, pemeriksaan seharusnya dibuat setiap hari, dan perubahan yang nyata boleh diperhatikan, iaitu bahagian yang dijangkit itu akan beransur-ansur menjadi hijau muda keputihan dan ada yang menjadi hitam.. selepas itu, buangkan bahagian kulat hijau di mulut/leher dan tutup semula... anda juga boleh membiarkannya begitu sahaja tanpa ditutup semula... Keputusannya selepas 7 ~ 10 hari, cendawan boleh tumbuh di bungkah yang telah dirawat dengan menggunakan AKH.


Peringatan : Cara ini sangat berkesan untuk bungkah yang dijangkit kulat hijau diperingkat awal iaitu baru dikesan di bahagian leher , sekiranya jangkitan sudah masuk 1/3 bungkah, maka ia adalah kurang menggalakkan.