Tuesday, 7 August 2007

Mushroom Kit





Berita baik ! untuk peminat-peminat penanaman cendawan, jika ingin nak cuba-cuba atau main-main, RASE bersedia untuk menjualkan bungkah cendawan kami yang matang ( bersedia untuk dituai ) dalam kuantiti yang kecil secara terus melalui penghantaran caurier service, pengbungkusan yang kemas seperti gambarajah di atas, muatan dalam satu kotak adalah 8 bungkah cendawan , harga istimewa ditawarkan, iaitu RM20.00 tidak termasuk kos penghantaran.

Sunday, 29 July 2007

Gang Cendawan " Samsung "


Hampir terlupa nak beritahu peminat-peminat dalam industri cendawan, sebenarnya saya Isamuddin, Yazid, KG GO dan LF Goh adalah bekas pekerja di kilang Samsung , Senawang, N.S , jika hendak sembang-sembang tentang pengalaman kerja kami ketika di Samsung, panjang ceritanya, mungkin 2 hari 1 malam pun tak habis-habis, memang kami pernah berkhidmat di Samsung melebihi 10 tahun, jawatan yang kami pegang pun kesemuanya tergolong dalam kategori " managerial level ", walaubagaipun , kami langsung tak menyesal selepas pengambilan VSS dari Samsung dan menceburi dalam bidang pertanian moden seperti cendawan ini, dengan usaha gigih kami, kami percaya bahawa pulangan kami akan berganda-ganda berbading dengan apa yang kami memperolehi dari Samsung, sekurang-kurangnya " Stress " yang menyebabkan darah tinggi itu tidak wujud lagi.
Kami sungguh gembira apabila rakan sekerja dulu kami dari Samsung sanggup meluangkan masa mereka mengunjungi tapak penanaman cendawan kami semalam, mereka adalah Abang Zaiful , Nadzri dan Haime dari Utulity Division, tak lupa nak mengucapkan tahniah kepada Abang Haime yang baru naik pangkat sebagai utility manager di Samsung, daripada perbualan kami, kami dapati ramai orang berminat dalam penanaman cendawan, secara tak langsung, dalam otak saya terus terkeluar idea ingin nak menubuhkan gang " cendawan Samsung ", ha...ha.
Sebenarnya, kami menggalakkan mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri, terutamanya mereka yang sudah menerima " VSxxxxx " atau sudah bersara, bolehlah cuba dalam bidang cendawan ini, ia memang cepat berhasil kalau berbanding dengan sektor penanaman yang lain, dan ini juga sejajar dengan galakan kerajaan, iaitu " Pertanian adalah Satu Perniagaan".

Wednesday, 25 July 2007

Barangan / Material Penanaman Cendawan

Top , Neck dan Seal Cap, harganya satu set 18 sen sahaja.
Material yang tidak dapat dikecualikan dalam penanaman cendawan


Sponge , harganya RM4.50 sekilo, satu guni baru ada ~ 3.0 Kg


Benih , sebungkus RM3.00 , boleh menyuntik sebanyak 50 ~60 bungkah,

bergantung kepada skill masing-masing.


Polybeg , harganya antara RM7.50 ~ RM8.00 sekilo.


Hydrometer , harganya RM105.00 , boleh digantung dalam bangsal

cendawan untuk pengawasan kadar kelembapan dan suhu bilik. Dua

faktor ini amat penting dalam tumbesaran cendawan.
RASE adalah pembekal kepada material dan barangan tersebut, dan kami sanggup menerima

order anda dengan syarat memberi kami lead time seminggu jika kuantiti tempahan banyak.