Wednesday, 25 July 2007

Jika Yield 98%.... Banyaknya Hasil Cendawan

Gambar di atas menunjukkan cendawan yang akan dipetik pada sesi petang, Ia merupakan petikan kali kedua bagi kami selepas mengusahakan reban baru pada pertengahan bulan May'07.



Sebanyak 1080 pcs bungkah cendawan boleh disusun dalam rak sebegini, katakan setiap bungkah boleh menghasilkan purata 70 gm cendawan, maka hasil petikan kali ini boleh mencapai 74 Kg dengan kadar yield 98%. Katakan harga sekilo cendawan adalah RM7.00 , jadi hasil jualan adalah RM518.00 , sekiranya satu bungkah minimum boleh dituai 6 kali, maka jumlah keseluruhan hasil adalah RM518.00 X 6 = RM3108.00. Sekiranya 1080 pcs bungkah tersebut dibeli dengan harga RM1.20 / bungkah dari ladang, kosnya ialah RM1296.00 , setelah menolak kos bungkah , masih boleh memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM1812.00. Oleh itu, kami mencadangkan kepada pengusaha baru atau kecil boleh mengikut cara ini supaya menjimatkan masa dan menyenangkan kerja dalam proces penanaman cendawan, biasanya 3 kali petikan sudah boleh balik modal pembelian bungkah cendawan. Setakat ini , kami mempunyai 78 rak sebegini yang sudah dipenuhi bungkah cendawan, kami sudi menawarkan bungkah cendawan kami kepada pengusaha yang berminat, sila hubungi kami pada bila-bila masa. En Isamuddin : 014-2623187. , En Yazid : 019-6846371, Kualiti bungkah kami adalah terjamin.


Abang Isamuddin dengan Saberi sedang menggunting akar cendawan yang baru dipetik pagi tadi.

Monday, 23 July 2007

Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Dengkil

Pada 21/7/07 , kami berjaya menghantar bungkah cendawan sebanyak 1000 pcs kepada En. Ismail di Dengkil, trip ini diketuai oleh En Isamuddin sendiri, beliau memberitahu rakan RASE bahawa En Ismail adalah seorang usahawan dalam bidangan permakanan yang amat berjaya dan sentiasa mencari peluang biz. yang berpotensi, salah satunya ialah cendawan.

Photo dari kiri ialah Saberi , Sam ( pekerja dari RASE ), driver lori En Morgan , dan En. Ismail.
Seperti biasa, pekerja kami turut membantu unload-kan bungkah dari lori dan menolong penyusunan bungkah ke atas rak-rak yang sedia ada.

Rumah bangsal En Ismail adalah di sebelah rumah kediamannya, dinding bangsal dilapik dengan jaring nyamuk berwarna hijau dahulu dan digantung dengan jari hitam ~ 50%, dalaman bangsal nampaknya agak terang. Pandangan kami ialah sebaik-baiknya dinding dilapik dengan jaring hitam 90% untuk mengurangkan pancaran terus matahari, dengan cara ini, ia mungkin boleh memperbaiki kawalan bilik suhu dan humidity dalam rumah bangsal.

Bumbung bangsal beratapkan ardec boleh memberi impak kepada suhu bilik dan humidity dalam bangsal, untuk mengurangkan bahang panas ardec, cadangan kami ialah :-
1.) Letakkan kertas kotak sebagai ceiling tambahan di bawah atap ardec sepertimana yang
dilakukan oleh En. Azmi ( AMPANG )
2.) Gantungkan guni-guni yang boleh dibasahkan di dinding-dinding, tetapi perlu memastikan
pengaliran udara tidak terjejas.

Susunan rak dan para En Ismail memang bagus, tegap dan kemas.
Secara keseluruhannya, pengawalan dan set-up bangsal cendawan oleh EnIsmail amat bersistematik dan amalan baik beliau dalam menjaga kebersihan perlu kita mempelajari, iaitu beliau tidak membenarkan sesiapapun memakai kasut dalam bangsalnya. Akhir katanya, dengan semangat dan keikhlasan beliau, semoga En Ismail berjaya dalam industri cendawan ini, Syabas !



Chini Agro Benchmark ke RASE Mushroom

Satu lawatan benchmarking dari pengusaha cendawan di Chini Pahang, iaitu En Ramlan bersama ahli keluarganya telah dibuat pada minggu lepas , lawatan beliau amat bermakna bagi kami kerana sama-sama kami dapat berkongsi pengalaman dan idea dalam menjalankan industri cendawan yang kian mencabar.

Orang rumah En Ramlan pun sangat berminat dalam bidang cendawan dan merupakan penggerak enjin kepada En Ramlan.

Senyuman yang ceria , tanda-tanda hubungan baik antara CHINI AGROTECH dengan RANTAU AGROTECH .


En Yusof, salah seorang pengusaha cendawan yang berpengalaman dan hebat di Rembau, beliau merupakan " Ci Fu " kepada En. Ramlan.