Kami juga dapat menghantar 1000 pcs bungkah cendawan yang bercampuran Life Light kepada Mr Chong atas permintaan dari beliau, di samping itu 3 bungkah LingZhi juga diberikan kepada beliau untuk percubaan di premise beliau.
Monday, 25 August 2008
Penghantaran Bungkah Cendawan Ke Bahau Dan Johor Baharu
Pada 19 August, penghantaran bungkah sebanyak 3500 pcs telah dihantar ke Bahau, N.S. Customer kami adalah Mr Khoo, beliau menceburi bidang ini secara part time, dan tapak beliau adalah di dalam sebuah rumah kedai yang disewa olehnya.
Ini adalah rupa bentuk rumah kedai yang digunakan untuk menanam cendawan tiram kelabu.
Mr Khoo dan isterinya nampaknya gembira apabila bungkah-bungkah miliki mereka sudah disusun diatas rak.
Selain daripada itu, kami berkesempatan menghantar 3000 bungkah cendawan dari RASE ke Johor Baharu pada 20 August, kali ini merupakan trip yang paling jauh kami hantar. Taukeh yang order bungkah ini adalah Mr Chong, salah seorang peserta kursus anjuran kami pada bulan August. Apabila tiba di situ, rupanya rak yang dibuat oleh pekerja Mr Chong kurang sesuai lagi, sebenarnya Mr Chong adalah pengusaha Burung layang-layang yang terkenal di JB, beliau planning untuk menambahkan hasil dengan menanam cendawan di ruang lapang di bawah bangunan burung layang-layang.
Oleh kerana rak yang belum sempurna, selepas berbincang dengan pekerja Mr Chong, bungkah yang kami hantar itu terpaksa disusun di bawah sahaja sehingga rak-rak mereka diubahsuai.
Kami juga dapat menghantar 1000 pcs bungkah cendawan yang bercampuran Life Light kepada Mr Chong atas permintaan dari beliau, di samping itu 3 bungkah LingZhi juga diberikan kepada beliau untuk percubaan di premise beliau.
En Isamuddin sempat juga melawat di office Mr Chong, nampaknya sudah ada planning yang terperinci dalam bidang combination " Bird's nest & Mushroom ".
Kami juga dapat menghantar 1000 pcs bungkah cendawan yang bercampuran Life Light kepada Mr Chong atas permintaan dari beliau, di samping itu 3 bungkah LingZhi juga diberikan kepada beliau untuk percubaan di premise beliau.
Labels:
Aktiviti
Monday, 18 August 2008
Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan Ogos 2008
Pada hari pertama cuti sekolah iaitu 17 Ogos 2008 merupakan tarikh yang sama kursus cendawan kami pada bulan Ogos 2008, mungkin disebabkan crush dengan cuti sekolah, ramai peserta yang sudah berdaftar dengan kami telah berubah rancangan mereka, oleh itu hanya seramai 6 peserta sahaja yang menghadiri kursus kali ini. Walau bagaimanapun, kali ini amat bermakna bagi kami kerana ia merupakan suatu pencapaian yang terunggul oleh kami bukannya jumlah peserta, malahan pesertanya tersendiri kerana mereka sanggup mengkorbankan masa mereka bersama ahli keluarga untuk bercuti atau duduk di rumah untuk menonton aksi-aksi olimpik 2008. Dan juga peserta yang telah hadiri kursus kali ini terdiri daripada 3 bangsa utama di Malaysia, dan amat bangga sekali kerana buat kali pertama turut disertai oleh rakan-rakan kaum India yang ingin menceburi diri dalam Industri Penanaman Cendawan ini.
Ini lah sesi gambar selepas kursus, wakil terdiri dari semua kaum dan semuanya hebat-hebat sekali ( Taukeh besar besar )
Tumpuan sepenuh oleh Mr Rajiswaran dan rakan-rakannya yang datang dari jauh, iaitu dari J.B , Johor. Mereka bertolak dari situ pada awal pagi 4.30 am.
Buat bagging secara manual mesti mempunyai hati yang tabah dan yang penting mesti ada " MINAT "
Lawatan ke dalam bangsal oleh Mr Sathiah dan Mr Sudhagaran
Mr. Alfred Chong, merupakan seorang peniaga yang sangat berjaya dalam bidang burung layang-layang di Negeri Johor, personality beliau yang friendly, berpandangan jauh, teliti dan bersungguh-sungguh dalam segalanya merupakan suatu kepastian buat beliau terus berjaya.
Labels:
Kursus
Friday, 15 August 2008
Bersama Founder Of LIFE LIGHT - Mr Yoshio Yoshimura
Pada 12 Ogos 2008 merupakan hari bersejarah bagi RASE kerana dapat kunjungan dari pakar cendawan antarabangsa iaitu Mr Yoshio Yoshimura, beliau merupakan founder bagi LIFE LIGHT dan sudah melebihi 30 tahun pengalaman dalam industri penanaman cendawan, ramai pengusaha cendawan dari seluruh dunia pernah mendapatkan bantuan oleh beliau dalam teknik-teknik yang terpelinci bukan sahaja cendawan tiram kelabu, malah cendawan-cendawan yang bernilai tinggi seperti cendawan Enoki, Hiratake, Shimeji, Hanatake, Shitake dan sebagainya.
Menurut beliau, Industri penanaman cendawan di Malaysia masih dalam peringkat yang " muda ", dimana kita belum lagi sampai tahap yang boleh setanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, Taiwan, Holland, Switzerland dan UK... dll. Tetapi pasaran cendawan di Malaysia mempunyai potensi yang begitu luas, sekiranya cara-cara penanaman dan kawalan yang tak betul, walaupun ada pasaran yang sedia ada tetapi mungkin ada ramai pengusaha cendawan akan " bangkrup " kerana tidak memadai untuk menghasilkannya disebabkan kos pengeluaran dan kerugian kerosakan yang tinggi.
Sempena kedatangan beliau, saya pun banyak menanya dan mendapatkan consultancy daripada beliau di tapak penanaman kami. Dan kami pun sudah mula mengguanakan LIFE LIGHT. Maka, sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya Mr GO ( 019-6536313 )
Gambar bersama Mr Yoshio Yoshimura dan isterinya ( warganegara Malaysia )
Ini adalah packaging product LIFE LIGHT khas untuk penanaman cendawan.
Menurut beliau, Industri penanaman cendawan di Malaysia masih dalam peringkat yang " muda ", dimana kita belum lagi sampai tahap yang boleh setanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, Taiwan, Holland, Switzerland dan UK... dll. Tetapi pasaran cendawan di Malaysia mempunyai potensi yang begitu luas, sekiranya cara-cara penanaman dan kawalan yang tak betul, walaupun ada pasaran yang sedia ada tetapi mungkin ada ramai pengusaha cendawan akan " bangkrup " kerana tidak memadai untuk menghasilkannya disebabkan kos pengeluaran dan kerugian kerosakan yang tinggi.
Sempena kedatangan beliau, saya pun banyak menanya dan mendapatkan consultancy daripada beliau di tapak penanaman kami. Dan kami pun sudah mula mengguanakan LIFE LIGHT. Maka, sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya Mr GO ( 019-6536313 )
Labels:
Aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)

