Tuesday, 30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Semperna Hari Raya Aidilfitri 2008 yang akan datang ini, RASE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kepada semua pengusaha-pengusaha cendawan di seluruh Malaysia , semoga semangat untuk membangunkan industri cendawan yang penuh dengan cabaran ini terus maju berjaya.

Di samping ini, kami juga tidak terlupa memohon maaf kepada sesiapa-siapa pun jika ada terjadi masalah atau kesulitan yang tertimbul akibat daripada kesilapan kami. Mohon Maaf !

Sunday, 21 September 2008

Recycling : - Wash Top and Cap

Bahan yang utama semasa mencuci top atau cap yang lama adalah Clorox yang berfungsi sebagai bahan pembasmian kuman atau bakteria. Biasanya top dan cap lama adalah kotor, sekiranya tidak dicuci dengan sempurna , ia akan menimbulkan risiko jangkitan kulat hijau dan sebagainya.

High pressure water jet digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat di celah-celah dalam top.

Recycling Top :- Remove old sponge

Dalam bidang penanaman cendawan ini, bukanya setakat menghasilkan cendawan, petik dan jual begitu senang sahaja, ada juga banyak kerja-kerja yang harus dibuat, antaranya mengguna semula top-top ( penutup ) yang lama. Biasanya bahan ini dibuat daripada plastik, maka ia boleh recycle dan diguna semula supaya kos pengeluaran boleh dikurangkan. Tetapi kerjanya amat lecik, iaitu kita perlu buangkan sponge lama, rendam, dan cuci sehingga bersih sebelum diguna-semula.

Movie clip ini menunjukkan En Hafis sedang membuangkan sponge yang lama di dalam top supaya ia boleh dicuci kemudian.