Monday, 30 March 2009

Pembekal Bahan Mentah Cendawan

Saya dapati ramai pengusaha cendawan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah penanaman cendawan pada masa sekarang, di sini , saya ingin memperkenalkan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan supaya dapat membantu dan memperringankan beban pengusaha-pengusaha cendawan semasa ingin nak neli bahan-bahan mentah yang digunakan dalam penanaman cendawan. Syarikat yang saya memperkenalkan ialah GREEN OPTIMAL RESOURCES.( G.O.R )


Dengan konsep " one stop center ", G.O.R membekalkan bahan-bahan mentah seperti :-

1.) Habuk Kayu Getah yang kian berkurangan ( Lori 3 ton )
2.) Benih Cendawan ( yang diperkenalkan oleh Persatuan Cendawan Malaysia , MAM )
3.) Dedak Padi ( terus dari Bernas )
4.) PP Plastik Bag 6" X 13" X 0.6 yang bermutu.
5.) Set penutup ( Neck , Stopper, Cap ) => jenis pakai span atau kertas.
6.) Hydrometer untuk mengukur suhu bilik dan kelembapan.
7.) Kapur Pertanian jenis Super Lime
8.) Span terpakai.
9.) Life Light => bahan media @ purifier
10.) Mesin Kukus ( 1200 bag ) dan Mesin Bancuh ( 100 kg ), Bakul Besi ( 12 @ 15 bungkah )


Harga yang ditawarkan boleh dibincang dan dirunding bergantung kepada kuantiti yang diorder. G.O.R juga memberikan penghantaran percuma sekiranya di sekitar Seremban dan memberikan khidmat nasihat penanaman cendawan secara percuma kepada pengusaha-pengusaha yang baru.

Segala pertanyaan boleh hubungi Mr GO ( 019-6536313 ) ataupun melalui email kggo@hotmail.com

Peserta-Peserta Kursus Cendawan Bulan March 2009

Ringkasan Dari Kursus Cendawan Bulan March 2009

RASE ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus asas penanaman cendawan tiram kelabu yang dianjurkan oleh kami semalam.

Seperti biasa, kursus boleh dikatakan amat memuaskan kerana mendapat sokongan dan response yang begitu baik dari semua orang, dan kali ini juga dihadiri oleh semua bangsa utama di Malaysia, oleh demikian, suasana sepanjang masa di kursus ini sungguh meriahkan dan harmoni.

Semoga para peserta semua yang telah mendapat ilmu ini boleh berjaya dalam industri penanaman cendawan ini di masa yang akan datang.


En Yazid memberi tunjuk ajar bagaimana membuat bag / bungkah cendawan.
Sesi fotograf semua peserta ( seramai 14 orang ) bersama maha guru mereka sebelum bersurai.
Mr Choo yang berdiri di sebelah En Yazid sebenarnya adalah pengusaha " cendawan butang " dari Australia.

Semua peserta menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa ceramah diberikan oleh En Yazid.

Para peserta tutur diberi peluang melawat ruang pemeraman bungkah cendawan di RASE selain daripada melawat di dalam bangsal cendawan.